
Bulan ini kami menerima 3 junior MO baru yang tidak pernah mempunyai pengalaman di Primary Care. 3 junior MO ini ditempatkan di KK kami untuk latihan “tagging” selama sebulan sebelum dihantar ke KK sekitar PKD kami. Ia menjadi tugas MO senior di KK yang mempunyai FMS untuk membantu junior collegues ini menyesuaikan diri di lapangan Primary Care.
Melihat mereka yang masih noobies & terkial kial dengan sistem baru ini benar benar mengingatkan saya tentang satu saat yang amat memberi kesan kepada saya sehingga kini.
………………
Empat tahun lepas, tahun 2016.
” Wani, boleh tak tengok patient laju sikit? Awak ni slow sangat. Saya dah tengok 2-3 patients, awak baru tengok satu! Patients melambak lagi kat luar tu! Cepat sikit!, ” Bentak salah seorang senior MO saya di satu klinik kesihatan kecil pada 4 tahun lepas.
Saya tersentak.
Lebih memalukan, ia dihambur di hadapan pesakit.
Tiba tiba muka saya terasa panas.
Mata saya sudah kabur , berair.
Tapi saya tahan.
Saya cakap, “jangan nangis depan patient”!
Saya tahan air mata saya sampai waktu tengah hari.
Pada waktu lunch break, saya tidak makan.
Saya menyorok di surau.
Saya menangis sampai waktu rehat habis.
Ketika itu, saya masih lagi bergelar junior MO yang baru bekerja 1-2 bulan di lapangan yang sangat asing, Primary Care.
Sumpah saya katakan, walaupun pengalaman ini amat pedih , saya amat berterima kasih kerana dibentak sedemikian rupa.
Perasaan marah & sedih itu saya tukarkan menjadi “dendam”. Bukan dendam kesumat, tetapi “dendam positif” , iaitu saya akan berusaha menjadi lebih baik & menyambung pelajaran menjadi pakar .
Dan saya tidak sekali kali akan melayan junior collegues saya sedemikian rupa.
Sejak daripada hari itu, seawal bulan ketiga saya sebagai junior MO, saya sudah mula mencari maklumat tentang pathways untuk menjadi FMS & merancang kewangan. Setiap bulan, saya ketepikan RM1 000 untuk simpanan tabung pendidikan.
Saya nekad untuk sambung belajar.
Tahun hadapannya, alhamdulillah saya sudah berjaya bergelar “pelajar post graduate Family Medicine” melalui parallel pathway Graduate Certificate of Family Medicine.
……………….
Bulan ini saya mula ditugaskan untuk in charge Diabetic. Setiap hari hanya 2 doktor ditempatkan untuk melihat pesakit diabetic.
Dari jam 8 am – 1 pm, jumlah pesakit appointment lebih kurang 40-42.
Saya berani katakan, jika saya ” berganding ” dengan junior MO/HO, saya mampu melihat 30 pesakit atau lebih 2/3 daripada jumlah keseluruhan sehingga jam 1 tengah hari. Manakala bakinya dilihat oleh junior colleagues.
Masa yang saya perlukan ini termasuk sekali dengan masa yang saya luangkan untuk mengajar mereka.
Tapi adakah saya merasa annoyed atau memarahi mereka kerana bilangan pesakit yang dilihat oleh mereka terlalu sedikit?
Tidak!
Pengalaman dimalukan depan pesakit yang lalu amat mengajar saya supaya bersabar dengan akhlak yang baik terhadap junior colleagues.
Kerana kita tidak tahu, jika satu hari nanti orang yang kita perkecilkan itu akan menjadi lebih baik daripada kita.
Lagipun, saya “laju” bukan bermaksud saya sudah cukup bagus .
Tetapi saya sudah “masak” dengan pengalaman bagaimana tips untuk “review important blood results”, saya sudah hafal nama & dose ubat, “trick” untuk advise pesakit & apa nak buat nak buat jika pesakit develop complications & sebagainya.
Lagipun bukan mudah untuk memeriksa pesakit diabetic. Lebih lebih lagi jika gula melambung macam lori gula tumpah. Atau tiba tiba fungsi buah pinggang merosot sehingga mencecah CKD stage 4 atau hampir gagal buah pinggang.
Senarai ubatnya pula?
Allahuuu.. boleh patah jari nak tulis pada prescription.
Panjang betul sampai boleh buat syair.
………………………
Melihat adik adik saya yang terkial kial ni, Inshallah saya sudah merancang untuk menyediakan written tips & guidance bagi membantu junior colleagues “manage” diabetic patients semasa appointment.
Ia juga saya kira ia bermanfaat untuk fellow colleagues yang lain agar updated tentang diabetic management based on current guidelines .
Yang paling penting, ia amat berguna untuk diri saya sendiri.
“The more you teach, the more you know”.

Semakin sering mengamalkan dengan mengajarkan ilmu yang dimiliki, maka akan semakin kuat ingatan Kita tentang ilmu yang Kita ajarkan… dan secara tidak langsung akan menambah ilmu / pengetahuan baru juga.
LikeLiked by 1 person
Dr, blog Dr sangat inspiring. betul, jika laju tidak bermakna pandai. Makin berisi makin menunduk org kata⦠saya dah apply gcfm, now menunggu approval sahaja. Thank you your blog dan FB banyak membantu.
LikeLiked by 1 person
All the best ππ»
LikeLike