EASY PEASY ECG

Station: Easy Peasy ECG in IKRAM Pre-Housemanship (IPMAN) Program 7.0

Sekarang ni terlalu hangat tentang isu doktor kontrak yang kurang adil secara amnya bagi mereka dalam menempuh profesion ni. Lagi-lagi ia menimbulkan ketakutan ketidak tentuan nasib kepada sesiapa yang ingin mengambil jalan profesion yang mulia ini.

Insha Allah, usaha kecil ini saya buat untuk memperkasakan (empower) adik-adik yang bakal menjadi “house officer” malah ada yang sudah mula “housemanship” mereka.

Istiqamah dalam usaha dan minat dalam bidang perubatan! Ilmu pengetahuan (Knowledge) boleh dipelajari dari masa ke semasa. Tetapi, amat penting adanya SIKAP (ATTITUDE) yang positif dalam membuka diri untuk menambah ilmu & “skill”, kerja berpasukan dan berjuang kerana keikhlasan memasuki era profesion yang mulia dan mencabar ini.

Saya juga sangat berharap agar isu ini sentiasa ada jalan pembaikan dan kebajikan doktor-doktor dan bakal doktor terjamin, hatta lahir dari kalangan ini adalah doktor-doktor ikhlas membawa profesion ini dalam membersama membawa misi & visi kesihatan dan perubatan dengan lebih jauh dan luas. Amin.

#NeverStopsLearning

Mohamad Raimi Radin. MD. GCFM

Merperkasa keibubapaan.

Malaysian Parenting Forum 2019 (MPF 2019) anjuran ARBA dan Riyadathul Sakinah: Memperkasa keibubapaan.

Meskipun kami berdua adalah doktor perubatan & kesihatan, tambahan meyambung pelajaran dalam bidang perubatan keluarga (family medicine), ia tidak menggambarkan bahawa kami serba tahu untuk mendidik anak-anak kami. Ilmu keibubapaan wajib dipelajari sepanjang masa.

Di MPF 2019, dipenuhi sarat ilmu yang wajib dipelajari serta praktikal; di sampaikan oleh barisan panelis yang tepat dalam menyampaikan ilmu dari pelbagai latar belakang, berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.

Secara jujur, menghadiri majlis ilmu itu terdapat “feel”-nya tersendiri. Semangat terbina, lebih-lebih lagi bersama-sama pasangan kita, seolah-olah persefahaman terwujud di akhir majlis.

Kami dapati, dari apa yang disampaikan oleh pakar dan profesor dari pakar perbidanan & sakit puan, perawat moden & alternatif, pengasas rumah perlindungan, ustaz, pakar undang-undang, pakar kanak-kanak, pakar perkembangan kanak-kanak, berikut adalah perkara yang diulang-ulang dan ditekankan:

1. Peringkat umur 0 hingga 7 tahun adalah kritikal dalam perkembangan anak-anak.

2. Interaksi & komunikasi ibu bapa dengan anak-anak dengan kasih sayang pada umur 0 hingga 7 tahun menjadi tunggak kepada kemenjadian anak itu pada masa akan datang.

3. Apa yang anak lakukan adalah apa yang dilihat olehnya pada orang lain, orang terdekat, ahli keluarga dan ibu bapa. Untuk membentuk anak adalah terbaik melalui tauladan.

4. Jika mahukan anak kita itu “menjadi”, maka ibu bapa itu mestilah berubah dahulu. Sebagai contoh, mahu anak tidak merokok, bapa wajib berhenti merokok! (ibu bapa yang merokok, 85% anak-anak akan merokok); ibu bapa tidak mahu anak-anak ke kancah seks bebas, seks luar tabii, seks luar nikah seusia kanak-kanak atau remaja, maka ibu bapa wajib berhenti dari ketagihan pornografi, interaksi dengan anak-anak dan limpahkanlah cinta serta kasih sayang.

5. Tiada istilah terlambat dalam mendidik anak. Akui kesilapan diri, berubah dan bina semula hubungan kekeluargaan bersama-sama pasangan dan anak-anak.

Terlalu banyak ilmu yang di terima, agak sukar untuk menukilkannya semua di sini. Program seperti ini mesti di diteruskan sebagai platform untuk kami teruskan belajar, menyemak dan memperbetulkan diri kami dalam membina keluarga yang ahli-ahlinya menjadi hamba Allah yang soleh dan menyebarkan kasih-sayang kepada yang lain (khalifah). Kami sangat menggalakkan agar orang ramai hadir majlis ilmu seperti ini.

Allahu a’lam.

Mohamad Raimi Radin & Norshazwani Othman.

#RaisingOurFuture #MPF2019

Bukit Mor, Muar, Johor.

Aktiviti keluarga: Mendaki Bukit Mor, Muar, Johor (Malaysia).

Pertama kali menjejaki Bukit Mor, setelah hampir 9 bulan menetap di Muar, Johor. Lokasi yang disarankan oleh kawan-kawan di tempat kerja, malah ia juga merupakan lokasi pilihan kepada sesiapa yang gemar mendaki.

1. Sesuai untuk aktiviti sihat pendakian tanah tinggi bersama keluarga. Kami membawa orang anak kecil, Fateh, berumur 5 tahun dan menggendong Luqman, berumur 2 tahun. Kedua-dua mereka tidak merungut, malah kami berjaya ke puncak paling tinggi meskipun pertama kali ke sana.

2. Tempat yang bersih. Kami sangat berpuas hati dengan persekitaran yang agak terjaga. Kami berharap para pendaki akan sentiasa mengekalkan akhlak yang baik dengan tidak membuang sampah merata-rata.

3. Aktiviti yang sihat. Puncak yang tertinggi adalah pada 233 meter dari paras air laut. Jika ia menjadi trek balapan untuk berlumba lari, mesti mudah untuk kita habisinya sehingga ke garisan penamat. Tetapi tidak pada pendakian bukit Mor. Ia adalah satu cabaran ke altitud yang tinggi, melawan graviti, mengharungi jalan yang bersimpang-siur. Cabaran sedemikian ternyata membakar kalori yang banyak.

4. Banyak pengajaran yang boleh diambil dengan aktiviti mendaki. Anak-anak sangat menghargai pemandangan hijau, ingin lengkapkan pendakian sehingga penamat, bertegur-sapa dengan warga pendaki yang mengutamakan kesihatan, dan, jika kita sentiasa berfikiran negatif, kita tak akan sampai ke puncak dengan mudah – perlu ada motivasi dan semangat yang tinggi.

Oleh itu, Bukit Mor akan dijadikan sebagai tempat aktivit sihat kami sekeluarga. Sudah semestinya kami akan ke sana lagi, insha Alla

Merokok dan Vaping : Masalah Akhlak.

πŸ“› Merokok & Vaping menyumbang masalah kebersihan awam dan pencemaran alam sekitar, terutamanya udara.

πŸ“› Merokok & Vaping bukan budaya masyarakat Malaysia. Padahal ia disebabkan masalah individu yang ingin mencuba, terpengaruh, ingin bergaya dengan cara yang salah, dan ketagihan dadah nikotin.

πŸ“› Merokok & Vaping adalah perbuatan tidak beradab apabila melibatkan hubungan sesama manusia.

πŸ“› Merokok & Vaping adalah nilai buruk yang jelas terbuka, bukan contoh tauladan yang baik kepada anak2 kita.

πŸ“› Anak2 kita yang merokok & vaping telah mengisi kehidupan awal mereka dengan perkara sia-sia dan tidak memberi apa-apa manfaat.

πŸ“› Merokok & Vaping memudaratkan kesihatan diri dan orang lain.

πŸ“› Bagi orang Islam, merokok & vaping adalah dosa yang menjadi penghalang keikhlasan Muslim itu dalam melaksanakan ibadah khusus dan umumnya.

Entri khas untuk Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)

Menginspirasi dan Terinspirasi

Kami sebagai ibu bapa yang kedua-duanya dalam profesion kedoktoran, masih bersama sambung belajar dalam kepakaran kesihatan keluarga (Family Medicine), cuba sedaya upaya mewujudkan suasana dan tingkah laku yang menginspirasikan anak-anak kami agar menjadikan kami sebagai contoh menjadi manusia yang sentiasa memperbaiki diri walaupun banyak kekurangan (soleh) dan menolong serta memperbaiki orang lain (musleh).

Pada suatu hari, tiba-tiba Fateh (anak sulung) membaca Surah Taha ayat 1-4. Kami terkejut dengan hafazannya yang lancar. Bahkan kami pernah menghafaz ayat-ayat tersebut. Tersentuhlah hati kami, dan setiap kali diulang-ulang, kami membacanya bersama. Allah. . . tergambar maksud ayat ini dengan penuh keinsafan.

Itulah anak-anak kami. Meskipun kami berusaha untuk memberi inspirasi kepada mereka. Mereka juga menngispirasi kami dalam terus menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri kami.

Maksud surah Taha (20) : ayat 1-4: “Taa haa. Kami tidak menurunkan al Quran kepadamu supaya menanggung kesusahan. Hanya menjadi peringatan kepada sesiapa yang takut (melanggar perintah Allah). (al Quran) diturunkan oleh (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi”

Selamat Tinggal Al-Thareeq.

Selamat datang dunia baru ku, GP-General Practitioner dan selamat tinggal wahai dunia lama ku Al-Thareeq.

Wahai Al-Thareeq, engkau wujud sejak 10 tahun yang lalu. Namun engkau semakin dewesa, banyak pengalaman, asam garam kehidupan yang engkau lalui. Lembaran baru ini bukanlah membuatkan aku melupai masa silamku, malah sebuah sejarah yang sangat beerti untuk mencari jati diri yang mungkin akan hilang pada masa akan datang.

Al-Thareeq, engkau adalah sejarahku yang aku banggakan, bukanlah tempat aku berpatah balik ke belakang, tetapi tempat mencari semangat untuk aku teruskan perjuangan hidupku.

Al-Thareeq