Back To School

Selamat Kembali Ke Sekolah
Back To School

1. Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di atas penghasilan garis panduan (SOP) pembukaan semula sekolah yang telah dikongsikan pd 4.6.2020.

2. Kami telah membacanya dan ini adalah reaksi ikhlas kami yg ingin dikongsikan melalui kaca mata sebagai Doktor Keluarga.

(a) Tafsiran bergejala merupakan maksud umum kepada jangkitan mana-mana virus atau penyakit berjangkit yang biasa dijangkiti sepanjang tahun.

(b) Pengesanan suhu badan adalah sangat sensitif dalam mengesan individu yang tidak sihat, tetapi ia tidak spefisik menyatakan dia mendapat Covid-19.

(b) Tafsiran terperinci jangkitan Covid-19 amat digalakkan disertakan dengan risiko disyaki terdedah dengan virus berkenaan, seperti kontak rapat kepada pesakit Covid-19, kontak kepada individu yang sedang disiasat kesahihan Covid-19, sejarah merentasi sempadan negara yang terkini, dan sebagainya.

(c) Secara amnya, langkah2 pencegahan yang dibuat adalah dengan β€œAmalan 3W dan Elak 3S” oleh KKM.

3. Ibu bapa mesti siap bersedia, kerana

(a) Anak2 tidak dibenarkan ke sekolah jika bergejala atau demam.

(b) Kedua ibu bapa yang bekerja dikehendaki menjaga anak sakit di rumah. Konflik dengan kerja & majikan.

(c) Ada alternatif anak sakit jaga di rumah? Hantar pengasuh? Hantar pada atuk & nenek? Memandangkan isu wabak Covid-19 dan demi mengelakkan sikap mementingkan diri, anak mesti dijaga oleh ibu atau bapa. Konflik dalaman tentang tanggungjawab.

4. Kunci kepada keberkesanan adalah disiplin pada pelajar & murid2.

5. Disiplin yang berterusan mematuhi panduan yang diberi, kami sangat berharap ia bukan sahaja dapat mencegah penularan Covid-19, malah penyakit berjangkit yang biasa berlaku, seperti parainfluenza, selesema biasa (common cold) dan sebagainya.

6. Sila ambil vaksin untuk tingkatkan langkah pencegahan,

(a) Pastikan anak-anak telah divaksin mengikut program vaksin kebangsaan.

(b) Vaksin tambahan seperti Influenza & pneumococcal boleh di dapati di klinik berdekatan.

(c) Vaksin Covid-19 masih dalam kajian (clinical trial-dan beberapa fasa), belum dibolehkan untuk digunakan kepada orang ramai keseluruhannya.

7. Sebarang pertanyaan dan memerlukan konsultasi, sila ke Doktor Keluarga anda masing-masing.

GP-General Practitioner
-doktor keluarga-

Sila Like & Follow Page Kami, klik : [General Practitioner]

Saranan Terbaru WHO Mengenai Memakai Penutup Mulut dan Hidung.

Saranan Terbaru WHO Mengenai Memakai Penutup Mulut & Hidung.

1. Berdasarkan bukti kajian terbaru, saranan ini dikemaskini pada 5.6.2020 menggantikan yang lama (6.4.2020)

2. Apa yang terbaru? Bagi tempat berlaku penularan jangkitan Covid-19 berleluasa & berada dlm komuniti:

KENA PAKAI PENUTUP HIDUNG & MULUT JENIS APA?
Jawapan:
(a) “Medical Mask” / 3 lapisan penutup hidung & mulut.
(b) Jika anda buat sendiri menggunakan kain, sila guna 3 bahan berbeza dan jadikan 3 lapisan penutup hidung & mulut.

SIAPA YANG KENA PAKAI “MEDICAL MASK”?
(a) Semua di fasiliti perubatan & kesihatan.
(b) Warga emas (umur 60 & ke atas) atau/dan yang punyai penyakit sedia ada.
(c) Semua yang pergi ke tempat yg susah nak pastikan penjarakan sosial sentiasa, contoh di kedai, kenderaan awam dan tempat terutup.

PESANAN PENTING!
Memakai Penutup Hidung & Mulut BUKANLAH Penggantikan Kepada Penjarakan Sosial 1 meter atau Lebih & Kerap Cuci Tangan Dengan Sabun atau “Hand Sanitizer”.

Kajian sentiasa berjalan meskipun panduan baru ini dikeluarkan. Demi mendapatkan bukti yang lebih kukuh dalam mencegah jangkitan Covid-19 & merawatnya.

GP-General Practitioner
-doktor keluarga-

Sila Like & Follow Page FB Kami, klik [General Practitioner-GP]

Siapa Doktor Keluarga Anda?

#NHMS2019 : Siapakah Doktor Keluarga Anda?

1. Pada 29.5.2020, Datuk Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia telah melancarkan penerbitan National Health & Morbidty Survey 2019.

2. NHMS 2019 dengan erti kata lain adalah kajian tinjauan kesihatan & penyakit yg dialami oleh rakyat Malaysia pada tahun 2019.

3. Kami ingin mengulas hasil dapatan kajian tersebut dengan memulakan 1 fakta yang sangat terkesan dengan kami sebagai doktor keluarga, iaitu, hanya 24.1% sahaja dlm isi rumah berjumpa dengan doktor keluarga.

4. Siapakah Doktor Keluarga?

Doktor Keluagra (family doctor) atau Doktor Am (General Practitioner) adalah doktor yg bertanggungjawab menjaga kesihatan individu & keluarganya secara menyeluruh.

5. Doktor Keluarga menawarkan:

(a) penjagaan kesihatan yang berterusan

(b) mengatur rawatan khusus  dengan pakar tertentu jika perlu.

(c) skop penjagaan kesihatan berterusan meliputi seluruh keluarga, semua peringkat umur, dari kandungan ibu sehinggalah usia emas.

(d) menyediakan keperluan rawatan kesihatan secara peribadi.

6. Secara rumusan, jika anda dan ahli2 keluarga anda, berjumpa dengan 1 doktor yang anda percayai dengan mendapatkan konsultasi, rawatan dan mendapatkan apa-apa sahaja perbincangan & pendapat yang melibatkan kesihatan berulang & berterusan; manakala doktor tersebut memahami secara am kesihatan anda & ahli keluarga anda, maka dialah DOKTOR KELUARGA ANDA.

7. Doktor Keluarga adalah sangat penting dalam memberi pendidikan & rawatan  kesihatan kepada keluarga & masyarakat bagi melestarikan kesihatan secara menyeleruh.

8. Peratusan yg rendah (24.1%) rakyat Malaysia mendapatkan khidmat Doktor Keluarga juga memberi kesan kepada nilai tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan (pd data NHMS 2019 sendiri)

9. SIAPAKAH DOKTOR KELUARGA ANDA?

GP-General Practitioner

-doktor keluarga-

Like & Follow Page Kami: https://www.facebook.com/generalpractitionerGP

———-

Rujukan: Prof. Dato’ Dr R.Balasundaram; Doktor Keluarga Anda. 2009.

Tips Exam GCFM (AFPM)

Tips menghadapi peperiksaan akhir profession Graduate Certificate Family Medicine.

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kami menerima private message daripada salah seorang calon Graduate certificate family medicine ( GCFM) yang akan menduduki peperiksaan akhir GCFM tidak lama lagi. Sebagai pelatih kepakaran Perubatan Keluarga yang amat menggalakkan rakan sekerja di sektor primary care untuk meningkatkan kemahiran & ilmu di bidang ini, kami terpanggil untuk berkongsi tips kami mengharungi program GCFM dan alhamdulillah lulus first attempt pada edisi peperiksaan Mei 2019.

1. Pendapat ini adalah pendapat peribadi kami & rakan study group kami.

2. Kesesuaian tips adalah subjektif dengan perubahan situasi semasa.

3. Tips ini juga tidak mewakili pendapat organisasi tertentu.

Tips sebelum mengharungi musim peperiksaan.

Minta sokongan daripada keluarga.

1. Calon GCFM kebanyakkannya adalah golongan bekerja dan sudah berkeluarga. Maka amat penting untuk anda menerangkan kepada ahli keluarga seperti pasangan , anak anak dan ibu bapa bahawa anda akan menghadapi peperiksaan besar yang sangat penting. Jadi ahli keluarga perlu faham dan beri kelonggaran masa kepada anda untuk menumpukan perhatian kepada ulangkaji.

2. Walaupun anak anak kami masih kecil, kami tetap menerangkan situasi kami kepada anak anak bahawa kami perlu belajar sunggugh sungguh untuk menjadi pakar supaya kami dapat tolong ramai orang sakit dengan lebih baik lagi.

3. Selain itu, kami juga turut meminta sokongan daripada ibu bapa terdekat untuk menjaga anak 2-3 jam pada hujung minggu untuk memberi ruang kepada kami menelaah pelajaran.

Minta sokongan di tempat kerja.

1. Sebagai calon GCFM, rata ratanya adalah calon yang bekerja sepenuh masa di klinik kesihatan dan klinik swasta. Maka, apabila kita bekerja dalam satu unit, kita sangat bergantung kepada pertolongan dan sokongan rakan sekerja dan supervisor (MOIC).

2. Terangkan situasi anda yang perlu memberi tumpuan kepada peperiksaan kepada mereka.

3. Jika keadaan mengizinkan dan suasana sangat supportive, anda boleh meminta jasa baik dan budi bicara supervisor atau ketua jabatan untuk mengambil cuti seminggu sebelum peperiksaan bagi tujuan ulangkaji.

Berkongsi ilmu daripada topik yang telah diulangkaji dengan orang lain.

1. Selain itu, 1-2 bulan sebelum peperiksaan, ambil peluang untuk β€œmuntahkan” apa yang anda study kepada rakan sekerja atau houseman (jika ada). Ambil inisiatif sesi pendek 15-20 minit untuk share apa yang anda study dengan mereka.

2. Percayalah, lebih banyak anda kongsi ilmu, akan jadi lebih baik and β€œwell versed” dengan topik tersebut.

Mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan online.

1. Study group adalah tool yang sangat powerful untuk lulus peperiksaan ini. Ini kerana topik yang diuji sangat luas meliputi respiratory , GIT, neurology, women’s health , geriatric , chronic diseases dan sebagainya. Jadi anda perlu β€œberkongsi beban revision” dengan orang lain agar anda tidak terlalu stress di hujung hari.

2. Cuma yang menjadi cabaran untuk calon GCFM ini adalah kebanyakannya β€œbased” di negeri dan klinik yang berjauhan.

3. Contoh, study group mates kami berasal dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Amatlah tidak praktikal untuk kami travel jauh semata mata untuk discussion 2-3 jam.

4. Jadi inisiatif kami adalah dengan β€œset” satu masa (terutamanya hari cuti) dan β€œberjumpa di alam maya” melalui applikasi seperti Skype/ Zoom Meeting dan sebagainya.

6. Untuk calon yang mempunyai anak kecil, anda haruslah meminta jasa baik pengasuh/ibu bapa untuk menjaga anak sebentar semasa anda membuat online discussion tersebut. Penting untuk anda focus kepada discussion dan jauhi distraction daripada anak anak. Kerana discussion adalah sangat membantu dalam memahami satu satu topik.

Latih tubi past years test dan buku Latihan family medicine.

1. Latih tubi adalah sangat penting bagi melatih kita membiasakan diri dengan pattern dan trick soalan. Kami amat menggalakkan anda approach senior untuk mendapatkan contoh kompilasi past years.

2. Namun, suka kami ingatkan anda di sini, kebolehan anda menjawab (atau hafal) soalan past years tidak menjamin anda akan lulus GCFM atau score soalan akhir professional exams.

3. Ini kerana penggubal soalan adalah terdiri daripada pakar pakar keluarga yang sangat berpegalaman luas menggubal soalan untuk post graduate Family Medicine. Mereka β€œsudah masak” dengan tradisi calon yang cuba pulun past years semata mata nak lulus exam. Jadi mereka sendiri ada strategi mereka untuk menggubal soalan agar mencapai standard yang diperlukan bagi menghasilkan β€œgraduates” GCFM yang memenuhi piawaian yang diperlukan. Walaupun nampak pola soalan seperti sama, percayalah setiap tahun ada sahaja trick dan teknik soalan yang berubah dan semakin mencabar.

4. Kami bagi contoh: Jika 2 tahun lepas soalan asthma sudah keluar, boleh jadi tahun ini topik asthma akan keluar lagi. Tapi jika tahun tersebut soalan yang ditanya adalah β€œhow to determine asthma control based on GINA” , mungkin tahun ini soalan yang keluar adalah β€œhow to manage Asthma poor control based on GINA”. Jadi suka atau tidak, anda tetap kena menguasai topik asthma dan update diri anda dengan the latest GINA guidelines mengikut tahun semasa. Jadi di sinilah cabarannya. Anda tetap kena study topic itu all out walaupun anda dah buat dan kononnya hafal soalan past year.

Teknik dan tips latih tubi soalan past years:

1. Kumpul semua soalan past years daripada senior.

2. Bahagikan set soalan kepada ahli kumpulan study group. Contoh Abu attempt set 1, Leong attempt set 2 dan Muthu attempt set seterusnya.

3. Minta setiap ahli kumpulan untuk jawab soalan dan buat further reading , preferably using latest guidelines, CPGs dan text books especially Murtagh. Catit nota/hasil bacaan anda di tepi sudut setiap soalan.

4. Mengapa? Ini penting untuk anda share dan bincangkan info dalam sesi study group nanti.

5. Jika ada soalan terlalu susah dan anda stuck walaupun dah cub acari jawapan di pelbagai sumber, tinggalkan dulu soalan itu. Bawa soalan tersebut untuk perbincangan dengan rakan study group nanti.

6. Setelah anda selesai buat past years dan berbincang dengan rakan, anda boleh beralih kepada latih tubi apa sahaja buku family medicine yang ada di pasaran, terutamanya yang dikarang oleh Penulis Malaysia seperti 200 Single Best Answers in Family Medicine ( Prof Hasidah & Prof Anis Safura) atau beberapa practice books daripada Australia.

7. Mengapa? Kerana kebanyakan soalan adalah mengikut senario lokal (Malaysia) dan ada juga segelintir daripada Australia.

Last stage practices method.

Teknik ini sesuai dilakukan ketika 1-2 hari sebelum hari peperiksaan untuk mempersiapkan kekuatan minda berhadapan dengan β€œketegangan” dalam dewan peperiksaan.

Caranya:

1. Pilih set soalan real exam daripada mana mana buku practice.

2. Attempt soalan sama seperti anda duduki peperiksaan. Set masa, buat soalan tanpa gangguan dan berhenti pada masa yang ditetapkan. Tidak dibenarkan membuka buku atau google jawapan. Anda mesti jujur dan cabar diri anda menjawab sama seperti the real exams.

Materials ulangkaji:

1. The bible of Family Medicine- Murtagh Text Book. (yang tebal punya, bukan yang kecil tu). Please have initiative to have one hard copy for yourselves.

2. The latest Clinical Practices Guidelines (Malaysia) .

3. The latest credible guidelines on various topics/ diseases. Contoh: Asthma – GINA guidelines. COPD- GOLD guidelines, etc.

4. GCFM handbook – Anda boleh arrange critical topics yang mesti cover melalui outline dalam GCFM handbook dan discuss dengan study group mate.

5. Presentation slides oleh para lecturers sepanjang GCFM modules workshop.

Do’s

1. Make sure you score good marks for module assignments & end of module quizzes. It contributes 60% of your total exams.

2. Have good grasps on important & common topics in Primary Care

3. Study group revision

4. Plan your revision

5. Eat healthy & have good rest between revisions

6. Prayer & stay positive

Don’ts

1. Last minute revision

2. Rely only past year questions

Semoga tips ini bermanfaat.

Covid-19

Sesiapa yang pulang ke tanah air, anda berisiko untuk dijangkiti Covid-19 and menularkan jangkitan tersebut di tanah air sendiri (Malaysia).

Sila buat pemeriksaan kesihatan dan mematuhi saranan pihak berkuasa terutama daripada KKM untuk self-quarantine seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pd 28.3.2020.

Sumber : Kenyataan Akhbar KPK 28 Mac 2020

Anak-anak PERMATA.

Hari Potensi & Graduasi Kanak-kanak Taska KelAZ 2019: Anak-anak PERMATA.

Anak-anak adalah PERMATA yang kita rancang untuk mendapatkannya; kita mengkehendakinya; dan kita idam-idamkannya dalam menyeri hidup kita yang bernama keluarga.

Untuk menjadikan sebentuk PERMATA, maka ia hendaklah dibersihkan, digilap dan dibentukkan oleh tangan-tangan yang diamanahkan untuk tindakan tersebut. Begitulah, anak-anak kita.

Peredaran zaman kiap bersilih ganti dengan wujudnya satu per satu cabaran yang yang bersifat lahiriah dan tersembunyi. Tiada istilah “during my time” untuk mendidik anak-anak. Keadaan semasa dengan penuh onak dan duri, perlu ditangani dengan ilmu, begitu juga dalam mendidik anak-anak.

Tiada istilah menswastakan didikan anak-anak dengan institusi taska, tadika dan sekolah. Bahkan, pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa hidup saling memerlukan umpama simbiosis untuk mendidik anak-anak.

Kami menyokomg dan menggembeling tenaga bersama untuk kemenjadiannya anak-anak kita seumpama PERMATA yang tak ternilai.

Abu Fateh.

“Ayah, berhentilah merokok!”: Jadilah seperti model asal ‘Marlboro Man’, Bob Norris.

“Ayah, berhentilah merokok!”: Jadilah seperti model asal ‘Marlboro Man’, Bob Norris.

1. Baru-baru ini, satu dunia digemparkan dengan berita, seorang bintang terkenal dengan jolokan “the original Marlboro man” telah meninggal dunia pada 90 tahun. Beliau bukanlah seorang perokok, dan tidak menghisap rokok, meskipun menjadi model iklan pertama syarikat rokok itu lebih kurang selama 14 tahun dengan menggambarkan rokok di tanggan dan di bibirnya.

2. Beliau berhenti daripada menjadi model iklan komersial rokok Marlboro itu, apabila beliau mempunyai anak-anak, dan menyatakan perbuatannya itu:setting a poor example for his children” (memberi contoh tauladan yang buruk kepada anak-anak). Kemudian beliau bebas tanpa mengaitkan diri dengan rokok (tambahan beliau bukan penghisap rokok) sehingga akhir hayat beliau.

3. Terdapat beberapa model iklan rokok Marlboro yang dikenali, dan sejarah akhir hayat mereka dikaitkan dengan “smoking-related death”, kematian disebabkan dengan menghisap rokok yang kuat dan kronik. Mereka adalah:

Wayne McLaren, David McLaren, dan Jerome Edward Jackson, ketiga-tiga meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Manakala, Eric Lawson meninggal dunia disebabkan kegagalan paru-paru selepas menghidapi penyakit kronik obstruktif paru-paru (COPD).

4. Kenapa seorang ayah wajib berhenti merokok? Selain daripada kewajiban dan kaitan dosa dengan perbuatn merokok; ia adalah kerana, kesan jangka masa panjang dalam mendidik anak-anak atau generasi akan datang. Iaitu:

contoh tauladan: ayah merokok, 85% anak akan merokok.

kesihatan: penghidu asap terus dari rokok, asap rawak dan asap basi rokok , memberi kesan kesihatan yang sama seperti perokok, di mana punyai kaitan penyakit seperti melibatkan paru-paru dan jantung.

kebersihan: udara yang bersih untuk dihirup dan mendapat manfaatnya, tetapi dicermari dengan asap rokok yang beracun dan memudaratkan.

5. Tolonglah berhenti merokok, wahai sang ayah! Role Model dalam sebuah keluarga anda.

#BuildingAHealthyNationWithRahmah

Mohamad Raimi Radin. MD. GCFM.

IPMAN 7.0: Easy Peasy ECG station.

IKRAM Pre-Housemanship (IPMAN) Program version 7.0, 10.11.2019: “Easy Peasy ECG” station.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kami sangat berharap agar sesi ini di mana kami namakannya” EASY PEASY ECG”, adik-adik dapat mudah hadam dan fahaminya sampai bila-bila.

Membaca dan intepretasi ECG tidak susah, Jika asasnya kukuh dan jelas, maka ia membuka ruang untuk mendalami ilmu itu lebih jauh. Maka itulah objektif kami. Kami sangat inginkan “feedback” dari adik-adik, agar kami dapat memperbaiki diri agar pengajaran yang dilakukan oleh kami lebih mudah dan efficient.

Perkara yang sangat mengembirakan adalah, apabila dapat bertemu adik-adik junior kesayangan (hehe) semasa belajar di Russia sana. Semoga urusan kalian berjalan lancar. Graduasi daripada Russia bukanlah penghalang untuk kalian berjaya dalam profesion ini, percayalah. Kunci kejayaan adalah ikhlas dan sikap yang positif dalam terus belajar.

Semoga kita bertemu lagi.

Mohamad Raimi Radin. MD. GCFM.