Tidak Tahu dan Tidak Mahu Tahu Tahap Kesihatan Diri adalah Masalah Kesihatan.

“Hum…lebih baik aku tak payah tahu lah yang aku tak ada darah tinggi, kencing manis…sebab nanti aku susah hati…”, kata si fulan.

Ya! apabila seseorang mendapati berita yang tidak menggembirakan, secara normanya, kita akan berasa terkejut, kadang2 sedih dan barangkali mendatangkan stres.

Tetapi, pernahkah anda tahu yang mereka yang datang ke unit kecemasan klinik atau hospital, dengan mendapat serangan jantung, angin ahmar (stroke), kegagalan akut buah pinggang, adalah dalam kalangan mereka ini, TIDAK TAHU yang meraka punyai koletesterol yang tinggi, atau gula dalam darah yang tinggi, atau pun, tekanan darah yang tinggi?

Benar! Memang ada!

Menrut kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2019 (NHMS 2019), antara penemuan utama:

🔘 9.4% rakyat Malaysia di diagnos penyakit kencing manis (diabetes), 8.9% orang tidak tahu dia menghidap kencing manis.
🔘 15.9% di diagnos penyakit darah tinggi, 14.1% tidak tahu.
🔘 13.5% di diagnos punyai kolesterol tinggi, 24.6% tidak tahu.

Tahukah anda, penyakit yang membawa kerosakan pada organ dalaman seperti dinyatakan di atas boleh dicegah?

Ya, Boleh…! Dengan mengetahui tahap kesihatan anda melalui saringan kesihatan ‘YANG BETUL’ dengan mendapat konsultasi daripada doktor.

Sekarang ini tidak susah untuk menjalani saringan kesihatan. Anda boleh memilih untuk ke sektor swasta atau kerajaan.

Apa kesudahan/natijahnya selepas tahu tahap kesihatan anda melalui pemeriksaan dan ujian2 tertentu?

Doktor akan membantu memahami respon anda, memberi stratergi dalam mencegah dan merawat jika didapati mempunyai masalah kesihatan, supaya dapat mengelakkan dan merencatkan proses ke arah kegagalan organ dalaman, atau mengulangai masalah kerosakan pada organ dalaman anda.

Ingat! Contoh, masalah saluran jantung tersumbat terutamanya serangan jantung (heart attack), boleh dapat berulang kali. Akhirnya, boleh mempercepatkan ke arah kegagalan jantung.

Oleh itu, bertemu dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda untuk ketahui tahap kesihatan ketika anda ‘merasakan diri masih sihat lagi’.

TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU TAHU TAHAP KESIHATAN DIRI ITU MERUPAKAN MASALAH KESIHATAN.

Dr. Mohamad Raimi Radin
Doktor Keluarga (MD. GCFM.)

✔️ Artikel ini disiarkan dalam Ruangan Kesihatan, laman Facebook Wanita IKRAM Malaysia [klik]

Continue reading “Tidak Tahu dan Tidak Mahu Tahu Tahap Kesihatan Diri adalah Masalah Kesihatan.”

“Tolong saya, Doktor! Saya Tak Nak Gila!”

Dr Wani writes

Tolong saya Doktor! Saya Tak Nak Gila!

…………
OGOS 2020

“Wah puan sekarang nampak berseri seri daripada pertama kali saya jumpa dulu,” usik saya menyapa Puan K pagi semalam.

“Alhammdulillah Dr. Saya rasa sangat berbeza daripada dulu. Saya dah rasa betul betul OK,” ujar Puan K tersenyum lebar.

“Ini ada surat daripada doktor pakar Psikitarik , cuba Dr baca,”.

Puan K menyeluk sekeping surat daripada tas tangannya. Surat itu bertukar tangan kepada saya.

Saya segera meneliti isi kandungan surat tersebut.

Selang beberapa saat kemudian, saya melipat kemas surat tersebut.

Saya memandang kilas wajahnya. Ternyata dia tersenyum lagi.

Nampak bahagia.

Saya lantas membalas senyumannya.

Saya juga bahagia.
………………………………………………………………………
SEPT 2019

“Semua orang macam benci saya Dr,” getus Puan K. Tertekan.

“Suami saya dah tak percayakan saya! Anak anak tiri saya yang perempuan selalu sakit hati dengan saya. Anak saya sendiri dah tak nak dengar cakap saya. Saya buntu Dr, saya tak tahu nak buat apa,” luahnya teresak esak.

Puan K, seorang wanita pertengahan abad sebenarnya baru sahaja berkahwin dengan seorang lelaki lewat 60 an beberapa bulan yang lepas. Ini adalah perkahwinan kedua bagi mereka.

Puan K merupakan balu dan mempunyai seorang anak lelaki angkat yang berusia sekitar 20 tahun.
Manakala suaminya terkini , En Z pula juga duda kematian isteri yang sudah mempunyai beberapa orang anak dewasa sekitar usia 30-40 an.

Sebelum berkahwin, En Z dikatakan simpati dengan nasib Puan K sudi megambil Puan K sebagai isteri untuk membela nasibnya anak beranak.

Panas disangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari.

En Z termakan hasutan anak anak perempuannya yang jelas tidak setuju akan perkahwinan kedua bapa mereka. Ditambah dengan rencam perangai anak remaja Puan K yang nakal dan protest, semakin membuak buak perasaan tidak puas hati kepada Puan K.

Hingga satu tahap, En Z bertindak menghalau anak angkat Puan K dari rumahnya.
Kini, anak angkat Puan K tinggal berasingan di rumah lama Puan K di mukim lain.

Jiwa Puan K semakin sakit apabila anak anak tiri perempuannya mula mencucuk jarum memfitnah dirinya menggatal dengan lelaki lain.

Maka, saban hari hubungan mereka samakin renggang, semakin pudar. Hari hari mereka dipenuhi dengan perselisihan.

Bukan seminggu dua perkara ini ditanggung oleh Puan K.

Ia berlanjutan hingga berbulan bulan.

“Tolong saya Dr! Saya tak nak gila!,”

Ungkapan ini sudah cukup membuatkan seorang Doktor Keluarga kerajaan bertungkus lumus membantu “client” nya yang tidak berbayar ini.
………………………………………………………………………
Simptom Major Depressive Disorder

Diam tak diam, sudah hampir setahun saya “follow up” masalah Puan K. Saya mula pertama men “diagnose” Puan K dengan “Major Depression Disorder” pada sekitar September 2019.

Saya masih ingat dalam hiruk pikuk klinik saya yang sibuk pada pagi itu, “pending” pesakit mencecah 40 di bahagian menunggu, saya didatangi seorang wanita berusia 52 tahun yang bermuka sugul dan tidak bermaya.

Mana tidaknya, sudah beberapa minggu dia tidak dapat tidur.

Setiap detik jaganya diisi dengan menangis.

Selera makan hilang entah ke mana.

Badannya susut mencengkung.

Dia tidak mampu menjalankan “fungsi”nya sebagai suri rumah dengan sempurna. Semuanya tidak kena.

Dia serasa seperti mahu lari rumah, tetapi tidak tahu ke mana.

Dia serasa seperti hidup ini tidak lagi bermakna.

Terkadang ada juga terasa mahu mencederakan dirinya.

Namun, mujur imannya masih kental. Mujur tiada bisikan ajaib yang menyuruhnya membuat bukan bukan (psychosis).

Dia masih tidak putus memanjat doa supaya dikuatkan iman.

Hampir satu jam lebih sesi “emotion-ventilating” (luahan perasaan) bersama saya, sebutir air mata tidak pernah lekang daripada tebing matanya.

Sukar untuk saya tangkap eye-contact nya, kerana kerana banyak masanya , matanya tertancap ke meja, murung.

Ini semua adalah kriteria Major Depressive Disorder (MDD) – Menepati DSM 5 criteria untuk mendiagnose penghidap MDD.
………………………………………..
MDD: Peranan Doktor Keluarga

Di sinilah peranan saya sebagai “Family Doctor” atau “Doktor Keluarga” bermula.

Bagi kebanyakan masyarakat menganggap doctor yang bertugas di klinik kesihatan (kk) ini sebagai doctor kk (nama panggilan lain untuk ubat paracetamol) atau doctor demam.

Tak kurang juga ada persepsi sinis yang menganggap kami sebagai “referologist” atau doctor yang tahu merujuk / refer kepada hospital sahaja. Tidak pandai merawat kes rumit.

Tapi sebenarnya kami yang komited dengan “Family Medicine” ini bukan lagi berada di takuk lama yang digembar gemburkan.

Sesuai dengan fasiliti yang kami ada, kami cuba membantu pesakit sedaya yang kami mampu.
Kami bukan sahaja merawat “penyakit” atau “disease-centered” dengan hanya memberi ubat/ refer ke hospital kemudian mengucapkan “bye bye” .

Tetapi kami membantu pesakit secara holistic atau dipanggil “patient-centered”.

Setelah membuat penerangan dan kaunseling, dengan persetujuan Puan K, saya telah memulakan rawatan ubat anti depression untuk menenangkan Puan K.

Kemudian, saya segera menulis surat rujukan kepada Jabatan Psikologi untuk Puan K mendapat susulan rawatan pakar .

Walaupun telah dirujuk ke pakar psikiatrik, saya tidak terus “melepaskan” Puan K begitu sahaja. Saya masih berjumpa Puan K dalam beberapa siri temu janji (follow up) untuk menilai respon Puan K terhadap rawatan.

Sebagai doktor keluarga,tugas kami tidak terhad merawat “penyakit” pesakit sahaja. Kami berfungsi sebagai “front liner” atau “perisai” kepada “preventive medicine”. Oleh itu, saya juga telah membuat “opportunistic screening” iaitu memeriksa tahap kesihatan Puan K yang lain seperti tekanan darah, paras kolestrol, paras gula dan sebagainya.

Selain itu, saya telah membuat inisiatif menjalinkan hubungan “rapport” yang baik dengan Jabatan Psikitarik apabila kami saling berutus “maklum balas bertulis” (feedback memo) setiap kali Puan K menghadiri rawatan di sana.

Inilah yang dikatakan “continuous of care atau personalized care ” yang memenuhi aspirasi “Family Doctor Concept’.

Saya juga amat menghargai usaha Jabatan Psikitarik HPSF yang sudi memberikan “continuous feedback” kepada saya di Klinik Kesihatan.

Inilah seharusnya yang perlu dilihat dalam senario sistem kesihatan kita.

Pihak primary care dan hospital saling bekerjasama dan berinteraksi dengan baik demi kesejahteraan pesakit dan rakyat Malaysia.

………………………………………………………….
Setahun kemudian: “Saya dah OK , Dr!”

“ Saya dah tak makan ubat selama 6 bulan dan alhamdulillah saya dah OK sangat walaupun tak makan ubat. Doktor pakar psikiatrik pun dah discharge saya, alhamdulillah,” terang Puan K semasa sesi konsultasi bersama saya baru baru ini.

“Alhamdulillah. Bagusnya puan. Sekarang ni puan nampak lebih cool. Adakah masalah puan dah selesai? Anak anak tiri puan dah berbaik baik dan tak lagi “kondem” puan?” saya cuba menelah.

“Nak kata masalah selesai tu, tak jugak Dr. Dan nak kata anak anak tiri saya dah tak kondem saya pun, tak juga. Biasalah Dr, hidup ni mana mungkin tiada masalah. Selagi saya hidup ni, saya sedar saya tetap ada masalah. Tapi sayalah yang kena kuat untuk hadap masalah tu semua,”.

“ Alhamdulillah berkat pertolongan Dr , Dr pakar psikiatrik dan doa munajat kepada Allah ,saya berjaya lawan tekanan perasaan saya. Saya dah mampu “tolak” perkara perkara negative yang boleh merosakkan diri saya dan lihat dunia dengan pemikiran positif. Saya dah tak kisah dah orang luar nak cakap apa, yang penting hubungan saya dengan suami sekarang bertambah baik , saya sudah menjadi semakin rasional dan tidak terikut ikut perasaan macam dulu,”

“Masalah tetapi ada doctor. Tetapi jangan biarkan masalah mengawal kita. Kitalah yang mengawal diri kita sendiri,” ujarnya menutup bicara kami pagi itu.
……………………………………………………………………
Kami bukan bomoh.

Kami tidak punya air tangkal penghalau jin.

Kami tiada air mandian perahan limau nipis untuk membuang saka.

Kami tiada jampi serapah .

Ubat “anti depression” bukanlah senjata ajaib kami dalam membantu pesakit Major Depressive Disorder kami.

Apa yang kami ada?

Kami ada anda. Kekuatan anda adalah faktor kejayaan kami membantu anda.

Kami boleh menawarkan sokongan moral , bantuan ubatan untuk “memberi ketenangan demi mengembalikan rasional untuk anda berfikir” dan terapi kaunseling.

Tapi kami tetap tidak akan berjaya jika anda tidak “kentalkan” semangat serta doa yang tidak putus kepada Allah.

Inilah senjata kita- “team work atau usaha/kerja berpasukan” dan akhirnya kita serahkan usaha kita kepada Tuhan agar mempermudahkan urusan rawatan.

Jadi, nasihat saya, kepada mana mana individu yang mengalami symptom kemurungan, jangan biarkan diri anda terus terjerat dengan gangguan perasaan.

Dapatkanlah bantuan dengan segera.

Kami tiada ubat azimat menghalau kemurungan.

Tetapi berikan peluang kepada kami untuk membantu anda “demi membolehkan anda membantu diri anda sendiri”.

#DrWaniWrites
#FamilyDoctorPerspective
#MentalHealthMatters
#ItIsOkNotToBeOk.

Siapa Yang Tidak Mahu Cinta Yang Sejati?

Di bawal lindungan kaabah

#MalaysiaMembaca

“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap2 diri manusia. Ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain2 perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi, dan lain2 perangai yang terpuji.”

-HAMKA : Di Bawah Lindungan Kaabah.
Recommendation: ⭐⭐⭐⭐/5

Kisah cinta Hamid & Zainab yang abadi di sisi Tuhan.

2 insan yang berlainan darjat, tetapi punyai latar belakang keluarga dan kehidupan yang baik adab dan pekertinya, bermaruah, bersungguh-sungguh dan sayang-menyayangi dalam ikatan persaudaraan sesame manusia.

Lelaki dan perempuan, membesar bersama-sama, perasaan cinta membunga apabila sudah akil baligh. Ia satu fitrah yang semua orang tahu.

Yang menjadikan seseorang itu sangat bertanggungjawab dengan persaan cintanya adalah sikap MALU.

Novel ini mengajar kita tentang cinta yang pada setiap manusia mesti ada, namun, adakah ia bersifat suci dan sejati? Maka cerita Hamid & Zainab ini banyak memberi pengajaran dalam merungkai cinta yang sebenar.

Novel sangat baik di bedah dan dibuat perbincangan dengan pasangan kita dan anak-anak.

Untuk anak2, mungkin dalam umur 10 tahun ke atas agak sangat sesuai berbincang tentang soal cinta sebenar ini.

Nak Jadi Doktor

IMG_20200813_101755

Seorang gadis berusia 15 tahun datang ke klinik dan didapati dia sedikit keracunan makanan.

“Doktor…saya tak datang kerja sejak semalam lagi…sakit perut.”

Terdengar kata2nya, aku membeliakkan mataku, terkejut sebab budak bawah 18 tahun sudah pergi kerja.

“Awak ni…tak pergi sekolah ke?”

“Pergi… doktor, tapi belah petang je dekat kedai makan. Pagi, saya ke sekolah.”

“Eh? Kenapa bekerja?”

“Saya nak tolong mak dan ayah saya…”

Aku bertanya mengenai latar belakang, ternyata dia bukan orang yang senang. Dia merupakan anak ke 6 daripada 7 adik-beradik. Bapanya bekerja memotong buah kelapa sawit, dibantu 3 orang anak lelakinya. Kalau tiada hasil buah, maka tiadalah upahnya. Ibunya bekerja sebagai pembantu di dewan makan di sekolah menengah. Seorang kakak sudah berumah tangga dan tinggal bersama suaminya. Seorang kakak lagi bekerja di kedai serbaneka di bandar. Hanya dia dan adik bongsunya sahaja yang masih bersekolah.

“Ayah saya tak bagi saya berhenti belajar, doktor…”

“Awak ni ada cita2 nak jadi apa nanti?”

“Saya nak jadi doktor..”

“Eh? Betul ke…?”

“Betul, doktor…”

Aku tengok mukanya, matanya yang berkaca menahan bergelinangan air mata sejak menceritakan latar belakangnya tadi. Dia menahan kesedihan dengan mengetap bibirnya sedikit.

“Untuk jadi doktor ni, bukan senang ya, dik..”

“Walau apa pun awak memilih untuk masa depan awak, nak jadi doktor ka… engineer ka… cikgu ka… sebenarnya ILMU lah yang akan mengeluarkan kita dari kesusahan, bukan kerana kerja tu semata2.”

“Nak jadi doktor kena tempuh ilmu yang banyak, kesukaran, kalau tak bersama2 dengan kawan2 yang boleh membantu kita, boleh down kita ni… yang penting berdisiplin. Dulu, doktor pernah nak berhenti jadi doktor dan bertukar jadi cikgu. Tapi… kenangkan kita nak sangat jadi doktor dengan bersungguh2, tak da pun masa nak ber couple, apa2 masalah dan teman nak berbual, hanya telefon ibu kita je, alhamdulillah dapat apa yang kita hajati.”

Pada awalnya aku ada bertanya tentang bagaimana pelajarannya memandangkan waktu ini tiada PT3; UPSR nya tiada langsung “A”. Barangkali dia memandangkan kerjaya doktor dengan penuh kesenangan.

Aku tidak mahu memutuskan semangatnya dalam mengejar cita2nya. Mana tahu, Tuhan akan kurniakan ilmu dan kefahaman padanya suatu hari nanti menjadi insan yang hebat. Kalau jadi doktor pun, doktor yang hebat suatu hari nanti.

“Ingat dik, ILMU yang mengubah hidup kita ya. Semoga berjaya….”

-doktor keluarga-
Dr Mohamad Raimi Radin (MD GCFM)

Tak Makan Ubat

Setiap kali tolong “cover” org lain utk klinik kencing manis/darah tinggi.

Doktor: Pak cik, tekanan darah tinggi ni…

Pesakit: oh….

Doktor: Pak cik, dah lebih setahun tekanan darah tak terkawal….(mula kaunseling)…. Bla bla bla….organ dalaman boleh ada masalah (tunjuk keputusan darah saringan)…. Bla bla bla… Jaga makan… Bla bla bla… kenali ubat sendiri, jgn tinggal makan…. Bla bla bla…

Pesakit: ok ok ok, doktor.

Doktor: Pak cik, ubat darah tinggi XX ni tak sesuai untuk pak cik, saya tukar kpd YY. Jgn risau, bilangan ubat sama cuma tukar yg sesuai je.

Pesakit: doktor, sebenarnya ubat XX tu, saya tak makan pun dari dulu lagi…

Doktor: sejak bila, Pak cik?

Pesakit: dah lebih setahun….

Doktor: 🤦🏻‍♂‍

Dexamethasone Bantu Merawat Covid-19

Dexamethasone bantu merawat Covid-19.

1. Dexamethasone adalah ubat lama.

2. Dalam kajian terbaru di UK, penggunaanya dilakukan pada pesakit kritikal dan memerlukan oksigen, dapat mengurangkan kes kematian.

3. Ia tidak digunakan pada pesakit Covid-19 yang ringan dan tidak bergejala.

4. Salah guna Dexamethasone boleh membawa kemudaratan akibat kesan sampingan.

5. Berhati-hati dengan produk yang “overclaim” dengan kandungan Dexamethasone dapat membantu mana-mana rawatan termasuk Covid-19.

Mohon berbincang dengan doktor keluarga and jika ada pertanyaan dan kemusykilan.

-doktor keluarga-
GP-General Practitioner

Sila Like & Follow Kami, klik [GP-General Practitioner]

Sumber: [WHO]

Kerana Cinta Dia Mengembara.

Kerana Cinta Dia Mengembara.

Seorang anak muda yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, disirami kasih sayang keluarga sehingga dikhuatiri kehilangannya, disulami cara hidup beragama iaitu Majusi; apakah kehidupan ini tidak diidam-idamkan oleh semua orang? Tetapi tidak pada anak muda Parsi ini, namanya Salman.

Pencarian cinta hakikinya tercetus apabila suatu hari dia diberi peluang melihat orang Nasrani beribadah. Sedikit ilmu yang membukakan hatinya berputik kepada cara hidup yang benar. Lantas dia menyuarakan pendapatnya kepada bapanya bahawa Nasrani itu lebih baik daripada Majusi.

Bapanya tidak bersetuju dengan pendirian anaknya itu. Kerisauan yang tinggi bakal kehilangan anaknya itu memastikan si anak sentiasa berada di sisi si bapa. Cinta yang sebenar tidak boleh melawan cinta yang hanya bersifat sementara. Lalu, dia membuat keputusan mengembara ke bumi Syria, meninggalkan keluarganya mencari cinta yang agung.

Tibanya di bumi Syria, dia menganuti Nasrani. Dia mendekati seorang yang alim dan tinggal bersama-samanya. Malangya, di sisi permukaan seorang yang beragama rupa-rupanya mempunyai hati syaitan. Si alim itu meggunakan agama untuk kerakusan kehendak nafsunya. Hayat si alim itu tidak lama, maka berpisahlah dia dengan Salman. Namun, hatinya teringin bersama-sama insan menyemai cinta yang sebenar-benarnya.

Dia diketemukan dengan seorang pendeta yang lurus dan ikhlas. Bergembiralah Salman dan hiduplah dia bersama-sama si pendeta. Alangkah singkat sekali kebersamaan dengan insan yang dikasihi. Takdir tuhan mengatasi segala-galanya. Perpisahan si pendeta menghadap TuhanNya.

Salman tidak berputus asa. Pengembaraan dan pertemuan dengan seorang yang ikhlas beragama diketemukan. Malangnya, setiap pertemuan adalah sementara, berpisah dan mengembara mencari pengganti. Akhirnya, berita yang sangat membuatkan hatinya bertambah-tambah cinta dan mekar apabila dia diwasiatkan untuk bertemu dengan seorang insan yang membawa cinta yang maha agung. Dia diberikan gambaran tanda-tanda insan tersebut agar mudah dikenalpasti.

Berpergianlah Salman bersama-sama satu kabilah, diberinya kepercayaan membawanya ke suatu tempat di bumi asing daripada bahasanya, bangsanya, malah agama asalnya semata-mata mencari insan yang teramat ingin dia bersua. Malang tidak berbau, diharapkan pegar, pegar makan padi. Dia dijual oleh kabilah itu kepada seorang Yahudi sebagai hamba. Maka, Salman dibawa ke Yathrib untuk berkhidmat kepada tuannya itu sebagaimana ia adalah tugas si hamba.

Sekian lama di Yathrib, terdengarlah berita kedatangan insan yang dinanti-nantikannya selama ini. Ada sahaja masanya untuk dia membuktikan insan itu dengan tanda-tanda yang diberitahu oleh si pendeta dahulu.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu kegembiraannya bertemu insan terpilih ini. Akhirnya, Salman bertemu cinta yang sejati serta kehidupan yang agung merentasi semua cara hidup yang rapuh dan batil. Cinta yang abadi bukan sahaja di dunia, malah kekal hingga bertemu Tuhannya di jannah. Salman bebas sebagai hamba manusia, atas pertolongan persaudaraan yang melangkaui warna kulit, bangsa dan keturunan.

Inilah Salman Al Farisi, seorang sahabat kepada insan yang dicintai, Muhamad, Rasulullah s.a.w, mencintai Islam sebagai cara hidupnya, yang bebas daripada kongkongan hawa manusia, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, dan sarat dengan keadilan.

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang mealakukan kebaikan.” (surah al ‘Ankabut, ayat 69)

Keberkesanan Norma Baharu dan PKP

Keberkesanan Norma Baharu & PKP
TAHNIAH, RAKYAT MALAYSIA

1. Semasa PKP, banyak norma baharu kita lakukan,
(a) Mengutamakan duduk di rumah, keluar untuk urusan yang perlu
(b) Memakai penutup muka & mulut, terutamanya yang bergejala.
(c) Penjarakan sosial 1 meter atau lebih
(d) Mementingkan kebersihan, dengan kerap cuci tangan dengan sabun atau “hand sanitizer”
(e) Mengelakkan diri dari bersesak-sesak terutama di tempat yang tertutup.

2. Kesemua ini memberi kesan kepada mengekang penularan penyakit berjangkit secara amnya, dan covid-19 secara khususnya.

3. Bagaimana Covid-19 ini tersebar?
– Setakat ini, bukti menunjukkan, Covid-19 tersebar melalui cacair pernafasan (bercakap, batuk, bersin) dan sentuhan.

4. Oleh itu, norma baharu yg kita lakukan setiap hari mampu mencegah dan mengurangkan kes jangkitan.

Tahniah, Rakyat Malaysia.

GP-General Practitioner
-doktor keluarga-

Sila Like & Follow Page Kami, klik [General Practitioner-GP] 

Revision Tips: Microsoft One Note App For Postgraduate Students

Revision Tips: Microsoft One Note Application for Post Graduate Primary Care doctors and General Practitioners.
……………………….
Microsoft One Note is a powerful tool for students who plan to organise their notes, past year questions, references and other revision materials.

Since I am in charge for houseman end of posting written exams, I use One Note to organise my questions bank.

Once I discovered good samples of questions from books, portals or my own exam questions, I gather all of them and divided them into important disciplines/topics using the tab functions.

Examples: NCD/Dermatology/GIT etc.

I copy paste the questions & highlight the answers. Then I attach the evidence based references to support the answers ie CPG/ Murtagh text books etc.

So I am able to explain to my houseman why the answers are such.
I found electronic text book / soft copy of CPGs/ various online portals ( Up To Date/BMJ/Medscape) are useful when it comes to electronic notes.

I can just copy & paste directly from the pages or simply screenshot and paste them next to the questions.

But mind you, I still have the conventional hard copies of important text books ya. When I do serious revision, I prefer a “real” book.

But when I do a ” collateral quick e-note revision”, I choose e text books.
So I own both!

Do I feel it is too pricey for purchasing/subscribing multiple references?

Nope!

Because the value of knowledge is even higher!

#PostGradJourney
#PrimaryCare
#GeneralPractioners
#RevisionTips

Penggunaan Alkohol & Status Kesihatan Mengenainya di Malaysia. (NHMS 2019)

Penggunaan Alkohol & Status Kesihatan Mengenainya di Malaysia.

1. Peratus rakyat Malaysia yang minum alkohol adalah 11.8%, iaitu 1 dalam 10 orang (menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi, NHMS -2019)

2. Drpd peminum alkohol tersebut, yang minum sampai mabuk (binge drinking) adalah 45.8% (2019), berbanding 59.4% (2015) dan 50.2% (2011). (lihat infografik)

3. Mudah utk faham, 2019, lebih kurang 1 drpd 2 peminum alkohol, mesti akan mabuk. Apabila dikaitkan dgn mabuk, bermaksud ia memudaratkan.

4. Apa yang ditafsirkan dengan minum alkohol sampai mabuk atau memudaratkan (binge drinking)?
Jawapan: Ambil 6 atau lebih unit minuman dalam satu masa (NHMS 2019).

Contoh: (lihat infografik)
1 tin “Carlsberg Danish Pilsner” (320 ml) mengandungi 5% alkohol (ABV-Alcohol By Volume).
= 1.6 unit alkohol

Jika anda mabuk & memudaratkan beerti, pada 1 masa, anda minum 4 tin atau lebih “Carlsberg Danish Pilsner”.

5. Mabuk yg memudaratkan? Ya! Untuk diri sendiri & org lain.

6. Kenapa? Kerana menurut WHO, KEMATIAN disebabkan alkohol di Malaysia adalah,

(a) Kemalangan Jalan Raya: lelaki 17.6% ; perempuan 10.9%
(b) Kegagalan Hati (Liver Cirrhosis): lelaki 16.8% ; perempuan 16.2%
(c) Kanser: lelaki 2.2% ; perempuan 0.6%

8. Kami ingin menyatakan bahawa,

(a) Gaya hidup sihat tanpa alkohol adalah lebih baik & mencegah penyakit kronik & kemudaratan sehingga kematian.

(b) Jika anda peminum alkohol dan kerap mabuk, sila berjumpa Doktor Keluarga anda untuk berbincang & menangani masalah anda.

(c) Minum alkohol & mabuk boleh dicegah & dibanteras; kerana data membuktikan boleh berlaku penurunan.

(d) Semua memainkan peranan, bertanggungjawab memastikan kesihatan rakyat Malaysia & suasana yang sihat;

Iaitu kerajaan & penguat kuasa undang2, kumpulan sokongan seperti NGO, masyarakat sekeliling yg ambil barat dgn langkah pencegahan secara berhikmah & kasih sayang, Doktor Keluarga anda, dan pakar-pakar perubatan dalam merawati kesulitan anda mengawal atau berhenti mengambil alkohol yg memudaratkan.

GP-General Practitioner
-doktor keluarga-

Sila Like & Follow Page Kami, klik [General Practitioner – GP]