
“….dan sesiapa yg menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia seluruhnya….”
(Al Maidah:32)
————————-
Ramai terkesan dengan gelombang ke-3 peningkatan kes Covid-19 ketika ini.
Kami pula bimbang jika terdapat sikap individu yang tidak mengambil tahu apa yang telah berlaku dan sambil lewa dengan dalam mencegah penularan wabak Covid-19.
Kami bimbang dengan kuasa kami yang terhad dalam mengingati orang ramai untuk sentiasa beringat dalam mengekang wabak ini.
Kami bimbang golongan yang patut dilindungi seperti kanak-kanak 5 tahun ke bawah, warga emas dan mereka yang lemah sistem pertahanan badan termasuk yang memeliki penyakit kronik; mudah dijangkiti, justeru kecenderungan menjadi teruk, seterusnya mengakibatkan kematian.
Kami bimbang orang ramai kurang memahami limitasi kami, dan tindakan kami memerlukan kerjasama pelbagai pihak serta agensi sejak dari awal lagi untuk mengawal wabak ini.
ADAKAH KITA LUPA?
1. Jangkitan wabak SARS-CoV-2 (Covid-19) yg menular di seluruh dunia ini bermula pad ahujung tahun 2019.
Belum sampai setahun jangkitan mencapai tarikh hari lahirnya (Muncul di Wuhan, China pada Disember 2019), tetapi adakah kita mula leka?
2. Sejak sekian lama keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal, bilangan kes hari ke hari dalam 1-2 digit, bilangan kes ICU yang rendah, tiada kes kematian yang agak lama. Ketika ini, seluruh tempat di Malaysia dalam fasa PKPP (pemulihan).
3. Kemudian, gelombang ke-2 berlaku pada pertengahan bulan 9. Kes kadang-kadang naik melebihi 100.
4. Tiba-tiba, 1.10.2020, “Boom!!! Kes meningkat melebihi 200!” Dan bilangan kematian mula tercatat pada hari seterusnya (sejak 3.10.2020) !
Persoalan: adakah semua orang maklum bagaimana jangkitan Covid-19 ini boleh menular?
Persoalan: adakah kita maklum kematian daripada jangkitan Covid-19 ini boleh dicegah?
——————-
Hari demi hari, kita bersasama-sama bertungkus-lumus membolehkan jangkitan ini terkawal, dan mengelakkan kematian yang disebabkan perbuatan kita sendiri.
Meskipun kami semua insaf & akur dgn takdir atau ketetapan Tuhan jika sudah tiba masanya insan dipanggil menghadap Tuhannya,
Bahkan kematian itu dapat dicegah apabila semua orang melaksanakan tanggungjawab sosial memutuskan rantaian wabak dengan mematuhi S.O.P; sebelum vaksin betul-betul dapat diugunakan mencegah kemudaratan ini.
Bukankah memelihara nyawa dengan mencegah penyakit itu adalah satu tuntutan agama?
——————
Statistik kematian Covid-19 di Malaysia setakat 11.10.2020,
Kadar kematian 1%, bermaksud, untuk setiap 100 orang yang dijangkiti, 1 orang mungkin mati.
66% kematian Covid-19 berumur 60 tahun ke atas.
83% kematian covid-19 dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan.
(70% kencing manis, 64.9% darah tinggi, 23.4% penyakit jantung, 19% kolesterol tinggi, 16.2% penyakit buah pinggang, 8.4% penyakit paru-paru, 5.2% kanser, dan 1.9% penyakit hati).
[sumber: Institut Penyelikan Klinikal, Malaysia]
Patuhilah S.O.P
Utamakan mencegah, elakkan kematian yang disebabkan masalah mementingkan diri sendiri dan tidak ambil kisah.
