My COVID-19 Vaccine: Booster dose.

As a general physician and a doctor who is working in the district COVID-19 screening centre, I risk myself facing people who are suspected and infected of COVID-19. Many people that I screened turned up an index case. Gladly that I’m still healthy, yet not infected of COVID-19.

Instead of fully equipped with PPE, I received my 2 doses of COVID-19 vaccine in March 2021. Now, after 6 months (October 2021), I received a booster dose.

Do I feel side effect from the vaccination? Honestly, yes! In my 2 early doses, I experienced tiredness, sleepy and extremely hunger. Then, on the booster dose, I felt tired and sleepy. Well, I kind of expecting it. I just keep working as my usual duty.

Thanks to God that the next day was my off day. So, i could have adequate rest after the booster dose.

I am happy to serve to people without being infected of COVID-19. Doctors take extreme precaution by exercising hygiene, wearing proper PPE and vaccinated. I will disappointed to myself if I purposely exposed myself to COVID-19 infection and transmit it to others especially my patients.

NOTE: “PPE” is personal protective equipment.

National Doctor’s Day 2021

On the 2021 National Doctor’s Day, I would like to specifically dedicate it to my junior doctor, a medical intern posted in Primary Care as his final rotation of internship. He passed all 6 rotations in compulsory departments and awaiting for compulsory service placement as a registered medical officer in public facilities.

Since my post-graduate study started a month ago, he is the person who help me in completing my first module (Cardiovascular System) of the Advanced Training in Family Medicine (ATFM). He contribute himself for the sake of my learning in the module.

Dr Hadi (the leftmost position in the above picture), I wish you all the best!

Pesakit Covid-19 dan Mengandung Telah Meninggal Dunia.

Covid-19 and Pregnancy

“Doktor, ‘patient’ yg doktor tgk hari tu dah meninggal….”, kata ketua jururawat kepada saya. 

“Siapa?”

——————–

Terdapat seorang ibu mengandung (7 bulan) pada akhir Julai 2021 lalu, datang ke pusat saringan Covid-19 untuk disaring menjadi kontak rapat kepada kes Covid-19 yang positif.ย 

Disebabkan dia bergejala, maka dia dikehendaki utk diperiksa. 

“Saya baru balik dari daerah **** ******”, katanya. 

(Alamak, bukan setakat kes ‘closed contact’, kes rentas daerah juga..)ย 

“Saya batuk2 dah 3 hari..”

Pemeriksaan lengkap mendapatinya stabil, lalu saringan melalui PCR diambil. 

Setelah berbincang dengan pakar, dia dibenarkan pulang, kuarantin dan dirawat di rumah. 

Kami telah pesan padanya, jika keadaan menjadi teruk, contohnya mulai sesak nafas, jangan teragak-agak untuk menelefon 999. 

——————–

“Kesian dia doktor…. Sebelum ni, dia baru dapat SINOVAC…beberapa hari sebelum tu…”

“Masa datang dekat ED, keadaan dah teruk, ‘SpO2 dropped’. Dia meninggal hari tu juga… PCR dia keluar juga haritu…POSITIF..”ย 

——————–

P E N G A J A R A N:

1. Sila jaga Standard Operating Procedure (SOP). Jika arahan tidak dibenarkan merentas daerah atau negeri. Sila patuhi dengan penuh rasa tanggungjawab.ย 

2. Mengandung adalah salah satu keadaan di mana immuniti mudah untuk rendah dan  komplikasi mudah berlaku bila-bila masa sahaja. 

3. LENGKAPKAN vaksinasi dengan Vaksin Covid-19, kerana ia dapat membantu mencegah daripada keadaan kesihatan kita menjadi teruk, kerana kita membina immuniti melawan Covid-19 sebagai “tentera” yang bersiap siaga.

4. Bagi pihak kesihatan, ibu-ibu yang mengandung lebih dititik beratkan dengan ketat dalam penilaian kesihatan dan risiko. Oleh itu, kecenderungan untuk dirujuk masuk ke dalam wad adalah tinggi jika ujian saringan Covid-19 adalah POSITIF atau, disyaki (PUI) Covid-19 yang bergejala walaupun kategori dua (2) dan stabil.

“Baru cucuk Vaksin, Nak kena buat ‘test’?”

Kumpulan Triage di Pusat Saringan Covid-19 Daerah Muar.

07 . 06 . 2021

“Baru cucuk vaksin, nak kena buat test ke?”
Bertanya seorang pak cik berusia >60 tahun, ahli qariah masjid.

Hari ni, kita saring ramai2 ahli qariah surau & masjid.

“Kita nak saring, kaji dapat jangkitan COVID19 atau tak…”

“Tentang vaksin Tu…bagus ..๐Ÿ‘๐Ÿป”

“Vaksin tu nak wujudkan immuniti lawan Covid19 ,kalau kena jangkit, tentera dah ada nak lawan dah….”

———

Vaksin Selamat
Lindungi diri daripada komplikasi teruk jangkitan Covid-19, yg kadang boleh bawa maut, Nauzubillahiminzalik. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Stay Safe & Stay Healthy
Kalau kita telah di vaksin, kemudian dijangkiti Covid-19, jgn sebarkan virus tersebut pd org lain, biarkan tentera dlm badan kita lawan virus tu.

Maka, ikutlah #SOP . Kalau kena kuarantin, buat betul2. โœŒ๐Ÿป Peace….

COVID-19 Edisi Hari Raya (2021)

Saya tak ambil tahu sangat cerita Nilopa, tapi (kalau betul) patut pun kena kompaun kalau dah salah, langgar SOP.

Kita pula? Kalau langgar SOP, senyap2 ke? ๐Ÿคญ Muhasabah….

Ada 3 kisah benar hari ini, 21.5.2021, di kaunter pendaftaran saringan Covid-19 daerah Muar. (Triage)

——————

(Kes 1)

 “Kami tak tahu menahu ni….”

“Apa yg tak tahu nye, pak cik..?”

“Saya jumpa dgn sedara yg positif…”

(Di dapati kes mula terdedah pada Hari Raya Pertama)

“Dah kenapa pergi ziarah menziarah?”

“Bukan kami yg ziarah, dia yg datang rumah kami..Kami tak tahu menahu ni…”

(Pulak…dah serba salah nak menolak org bertandang rumah)

———-

(Kes 2)

“Kenapa dtg ni, encik?”

(Kami bertanya seorang lelaki yg memegang bayi kecil kurang 1 tahun, hendak didaftarkan sebagai kontak rapat)

“Saya jumpa emak saya Hari Raya Pertama…skrg dpt tahu dia positif…”

“Allah…encik, mcm mana pula pergi  berziarah ni?”

“Nak Minta maaf..”

(Sambil kami tergelak sedikit)

“Allah….encik, lain kali buat virtual je…”

Sampuk kawan sebelah, “nak minta maaf, bukan Hari Raya je… Bila2 kita boleh minta maaf…”

———-

(Kes 3)

“Puan, datang sebab apa puan?”

Kami dapati namanya tiada dlm senarai org yg perlu disaring di pusat saringan Covid-19.

“Saya kontak rapat kpd kakak ipar saya..”

“Saya terkejut….dia tak pergi mana2 pun…duduk rumah je…”, sambungnya lagi sambil nyatakan kegelisahan dan betapa terkejutnya dia boleh menjadi kontak rapat kpd kakak iparnya yg positif Covid-19.

“Bila puan terakhir jumpa dia?”

“Hari Raya Pertama…”

“Kenapa pergi ziarah pd Hari Raya, bila SOP dah keluarkan kata tak boleh pergi ziarah?”

Di sini, Kami yg terkejut terang2an langgar SOP, tetapi khuatir dijangkiti COVID-19.

———–

(K E S I M P U L A N)

Ketiga-tiga kes di atas adalah kes “walk-in”

1. Langgar SOP.

2. Perbuatan kita yg menjadi kontak rapat kes positif. Jika ditakdirkan keputusan saringan positif, kita menjadi kes positif Covid-19 akibat melanggar peraturan.

3. Kenapa tidak di kompaun semasa di meja pendaftaran? Ini kerja inspektorat, kami doktor, bahkan kami doktor keluarga lagi…Kami ada empathy & simpathy.

4. Kalau ikutkan, cerita2 kes terdedah dan tersebar Covid-19 di meja saringan Covid-19, kebanyakan adalah sikap tidak laksanakan tanggungjawab sosial masing2.

Hal ini, bukan pd org awam shj, malah kepada pelbagai status latar belakang termasuk “staf sendiri”.

Realiti Jangkitan Covid-19 & Vaksinasi

Secara peribadi, ramai pesakit yg hadir ke klinik dan bertanyakan tentang vaksinasi. Tidak kurangnya, ada yang mempersoalkan keberkesananya dalam mencegah jangkitan Covid-19.

Persoalannya, pernahkan pihak saintis menyatakan kaedah saintifik yang terbukti ini di mana ia adalah salah satu jalan tawakal manusia memerangi jangkitan Covid-19, mempunyai keberkesanan sebanyak 100%?

Sudah semestinya tiada. Kesemuanya bawah 100%, walau dengan cara terkini atau paling canggih.

Kerana 100% itu adalah milik Tuhan. Masakan makhluk menyerupai atau berkuasa seperti Tuhan, kan!?

Untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit seperti Covid-19 setelah mendapat immuniti secara semula jadi atau vaksinasi, ia mestilah melalui jalan fitrah, yang telah dibuktikan dalam sains.

Iaitu, individu itu dijangkiti dahulu, kemudian immuniti-nya (respon individu berbeza-beza) melawan virus tersebut serta-merta. Maka, dia sembuh. Lalu, bebas jangkitan. Seterusnya, tidak menjangkiti orang lain.

Respon immuniti sedia ada (secara semula jadi atau telah divaksinasi) adalah unik pada setiap individu. Ada orang selepas dijangkiti, serta-merta baik. Ada yang sekita satu hari. Ada memerlukan beberapa hari tapi bukanlah jangka masa yang lama.

Jikalau individu itu naif immuniti Covid-19 (tidak pernah dijangkiti/tiada immuniti semula jadi), kebarangkalian boleh mendapat jangkitan teruk (severe), atau sehingga memerlukan bantuan pernafasan, atau memerlukan rawatan intensif/pemerhatian rapat di wad ICU, atau, Nauzubillah, kematian.

Kita jangan fikir seperti gambar kartun di atas. Ia adalah fantasi dan mainan/andaian minda. Memang menyeronokkan, ya? Realitinya bukan begitu.

Sumber: https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/getting-the-covid-19-vaccine

Marilah ambil vaksin. Tidak kurang iman kita, malah bukti sains ini mendekati kita kepada betapa unik ciptaan Tuhan. Dia memberi kita akal yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain dalam mencari jalan bukan menyamai Tuhan, tetapi untuk kebaikan umat manusia dalam memelihari nyawa.

Jom Vaksin!

Bukan setakat Vaksin Covid-19 sahaja.

Sesiapa dalam golongan berisiko, ambillah vaksin influenza, pneumokokal, meninggokokal, thypoid dan banyak lagi.

Bincang dengan doktor keluarga masing-masing untuk maklumat & pemeriksaan lanjut.

Ramadan Mubarak 1442H

Bagi masyarakat Muslim di Malaysia,

Selamat memasuki bulan yang sarat dengan keberkatan, pengampunan dosa-dosa dan dijauhi ganguan syaitan.

Meluruskan niat untuk tujuan ibadah khusus beserta megambil peluang mengejar amal & kebaikan, dengan izin Allah, memberi natijah kepada KETAQWAAN & KESIHATAN akal, mental, jasmani serta spiritual kita.

Ramadan adalah 1 bulan untuk medidik (tarbiah) diri secara intensif, moga-moga dapat mengekalkan momentumnya bagi bulan-bulan yang lain sehingga ke Ramadan akan datang.

Ikhlas daripada,

General Practitioner – GP

Rujukan:

[1] Quran surah al-Baqarah : ayat 183

[2] Riwayat al-Bukhari, hadith no. 1899

Boss! Saya Nak Sambung Belajar

B O S S !  Izinkan Saya Untuk Sambung Belajar. . .

Sejak awal April 2021, Academy of Family Physician of Malaysia (AFPM) sudah membuka permohonan untuk kemasukan baharu Advanced Training in Family Medicine (ATFM) bagi sesi tahun 2021.

https://www.afpm.org.my/atfm-programme

Bagi kami yang tertangguh selama 1 tahun akibat pandemik Covid-19, peluang ini memang tidak mahu dilepaskan, berharap agar permohonon tertunai kerana barangkali ramai yang ingin mendaftar.

Bagi kami sebagai penjawat awam, berkhidmat di klinik kesihatan dalam sebuah daerah, adalah suatu kemestian untuk memaklumkan dan memohon kebenaran daripada ketua atau “Boss” kita.

Iaitu (1) Kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah (2) Sokongan daripada Pegawai Perubatan Yang Menjaga (Y/M) tempat perkhidmatan kita.

Bagi yang tiada ‘idea’ untuk membuat permohonan tersebut, kami memberi panduan dengan klik link di bawah.

https://drive.google.com/drive/folders/1AzVxXL58Y7EnTxjAVs5Q4hZuIY7QcTuL?usp=sharing

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian kami, dan proses untuk sambung belajar dalam kepakaran perubatan keluarga (GCFM-ATFM) berjalan lancar.

The Doctor’s Day

“K E N A P A   A W A K   N A K   J A D I   D O K T O R ?”

Soalan ini di soal oleh seorang doktor senior di hospital besar pada tahun 2006, bertanyakan kepada seorang demi seorang.

Semua lepasan SPM 2005 yang memohon biasiswa JPA dan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang perubatan ketika itu dikehendaki untuk mengikuti “Program Pendedahan Perubatan”, lebih kurang begitu.

“Humโ€ฆSaya nak tolong orangโ€ฆ.” Jawapan klise’ daripada saya.

“Emak saya mendapat kanser, dan kehidupannya sangat susah. Dia sudah meninggal dunia. Itu menyebabkan saya memilih untuk menjadi doktor”, jawab salah seorang peserta lelaki berdekatan.

Sebeanarnya jawapannya ini adalah yang paling saya ingat sehingga saat ini.

“semua jawapan biasaโ€ฆ..”, kata doktor senior.

“Kenapa tak cakap, saya nak jadi kaya! Saya nak pakai kereta mewah . . .bla bla bla “

Sesungguhnya, tiada manfaat pun dari mana-mana nasihat daripada mulut beliau, bahkan yang saya ingat hanyalah itu.

Lihat pada diri sendiri, masih meneruskan untuk menerajui bidang kesihatan & perubatan.

Jawapan yang klise’ itulah yang masih relevan menjadikan motivasi untuk tetap dalam bidang yang dimintati dan fokus kepada perubatan keluarga. Melibatkan diri sebagai activist dan sukarelawan dalam NGO untuk tujuan yang sama, dan ia rapat dengan kepakaran perubatan keluarga fokus kepada masyarakat dan skala lebih besar.

S E L A M A T   H A R I   D O K T O R.

Good Research Team

R e s e a r c h. P R O J E C T 2020 ๐Ÿ“‘๐Ÿ“–

Mungkin perkara yang paling penting dalam team kajian adalah, mendapatkan ahli2 kajian yang berdedikasi & bertanggungjawab.

Perjalanan yang sangat panjang sepanjang tahun 2020.

Kami semua menempuhi onak & duri sebagai manusia biasa. Mencari guru di mana2 sahaja. Meperbaiki diri & skill seoptimum yg boleh.
(Lumrah pelajar dalam ‘parallel pathway’)

Jikalau terbitnya (publish) kajian repot (case report) ini dalam sebuah jurnal. Memang sangat memotivasikan kami meneruskan kajian2 yg mendatang, dan giat menerbitkan hasil kajian. ๐Ÿ’ช๐Ÿป Amin.

Oh Tuhan, sentiasa pertemukan kami dengan team kajian yang berdedikasi. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Nota: submitted to editor after being asked for minor revision.