Kerana Cinta Dia Mengembara.

Kerana Cinta Dia Mengembara. Seorang anak muda yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, disirami kasih sayang keluarga sehingga dikhuatiri kehilangannya, disulami cara hidup beragama iaitu Majusi; apakah kehidupan ini tidak diidam-idamkan oleh semua orang? Tetapi tidak pada anak muda Parsi ini, namanya Salman. Pencarian cinta hakikinya tercetus apabila suatu hari dia diberi peluang melihatContinue reading “Kerana Cinta Dia Mengembara.”

Covid-19

Sesiapa yang pulang ke tanah air, anda berisiko untuk dijangkiti Covid-19 and menularkan jangkitan tersebut di tanah air sendiri (Malaysia). Sila buat pemeriksaan kesihatan dan mematuhi saranan pihak berkuasa terutama daripada KKM untuk self-quarantine seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pd 28.3.2020. Sumber : Kenyataan Akhbar KPK 28 Mac 2020

Anak-anak PERMATA.

Hari Potensi & Graduasi Kanak-kanak Taska KelAZ 2019: Anak-anak PERMATA. Anak-anak adalah PERMATA yang kita rancang untuk mendapatkannya; kita mengkehendakinya; dan kita idam-idamkannya dalam menyeri hidup kita yang bernama keluarga. Untuk menjadikan sebentuk PERMATA, maka ia hendaklah dibersihkan, digilap dan dibentukkan oleh tangan-tangan yang diamanahkan untuk tindakan tersebut. Begitulah, anak-anak kita. Peredaran zaman kiap bersilihContinue reading “Anak-anak PERMATA.”

IPMAN 7.0: Easy Peasy ECG station.

IKRAM Pre-Housemanship (IPMAN) Program version 7.0, 10.11.2019: “Easy Peasy ECG” station. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kami sangat berharap agar sesi ini di mana kami namakannya” EASY PEASY ECG”, adik-adik dapat mudah hadam dan fahaminya sampai bila-bila. Membaca dan intepretasi ECG tidak susah, Jika asasnya kukuh dan jelas, maka ia membuka ruang untuk mendalami ilmuContinue reading “IPMAN 7.0: Easy Peasy ECG station.”

EASY PEASY ECG

Station: Easy Peasy ECG in IKRAM Pre-Housemanship (IPMAN) Program 7.0 Sekarang ni terlalu hangat tentang isu doktor kontrak yang kurang adil secara amnya bagi mereka dalam menempuh profesion ni. Lagi-lagi ia menimbulkan ketakutan ketidak tentuan nasib kepada sesiapa yang ingin mengambil jalan profesion yang mulia ini. Insha Allah, usaha kecil ini saya buat untuk memperkasakanContinue reading “EASY PEASY ECG”

Merperkasa keibubapaan.

Malaysian Parenting Forum 2019 (MPF 2019) anjuran ARBA dan Riyadathul Sakinah: Memperkasa keibubapaan. Meskipun kami berdua adalah doktor perubatan & kesihatan, tambahan meyambung pelajaran dalam bidang perubatan keluarga (family medicine), ia tidak menggambarkan bahawa kami serba tahu untuk mendidik anak-anak kami. Ilmu keibubapaan wajib dipelajari sepanjang masa. Di MPF 2019, dipenuhi sarat ilmu yang wajibContinue reading “Merperkasa keibubapaan.”

Bukit Mor, Muar, Johor.

Aktiviti keluarga: Mendaki Bukit Mor, Muar, Johor (Malaysia). Pertama kali menjejaki Bukit Mor, setelah hampir 9 bulan menetap di Muar, Johor. Lokasi yang disarankan oleh kawan-kawan di tempat kerja, malah ia juga merupakan lokasi pilihan kepada sesiapa yang gemar mendaki. 1. Sesuai untuk aktiviti sihat pendakian tanah tinggi bersama keluarga. Kami membawa orang anak kecil,Continue reading “Bukit Mor, Muar, Johor.”

Menginspirasi dan Terinspirasi

Kami sebagai ibu bapa yang kedua-duanya dalam profesion kedoktoran, masih bersama sambung belajar dalam kepakaran kesihatan keluarga (Family Medicine), cuba sedaya upaya mewujudkan suasana dan tingkah laku yang menginspirasikan anak-anak kami agar menjadikan kami sebagai contoh menjadi manusia yang sentiasa memperbaiki diri walaupun banyak kekurangan (soleh) dan menolong serta memperbaiki orang lain (musleh). Pada suatuContinue reading “Menginspirasi dan Terinspirasi”

Selamat Tinggal Al-Thareeq.

Selamat datang dunia baru ku, GP-General Practitioner dan selamat tinggal wahai dunia lama ku Al-Thareeq. Wahai Al-Thareeq, engkau wujud sejak 10 tahun yang lalu. Namun engkau semakin dewesa, banyak pengalaman, asam garam kehidupan yang engkau lalui. Lembaran baru ini bukanlah membuatkan aku melupai masa silamku, malah sebuah sejarah yang sangat beerti untuk mencari jati diriContinue reading “Selamat Tinggal Al-Thareeq.”