Pesakit Covid-19 dan Mengandung Telah Meninggal Dunia.

Covid-19 and Pregnancy

“Doktor, ‘patient’ yg doktor tgk hari tu dah meninggal….”, kata ketua jururawat kepada saya. 

“Siapa?”

——————–

Terdapat seorang ibu mengandung (7 bulan) pada akhir Julai 2021 lalu, datang ke pusat saringan Covid-19 untuk disaring menjadi kontak rapat kepada kes Covid-19 yang positif.Β 

Disebabkan dia bergejala, maka dia dikehendaki utk diperiksa. 

“Saya baru balik dari daerah **** ******”, katanya. 

(Alamak, bukan setakat kes ‘closed contact’, kes rentas daerah juga..)Β 

“Saya batuk2 dah 3 hari..”

Pemeriksaan lengkap mendapatinya stabil, lalu saringan melalui PCR diambil. 

Setelah berbincang dengan pakar, dia dibenarkan pulang, kuarantin dan dirawat di rumah. 

Kami telah pesan padanya, jika keadaan menjadi teruk, contohnya mulai sesak nafas, jangan teragak-agak untuk menelefon 999. 

——————–

“Kesian dia doktor…. Sebelum ni, dia baru dapat SINOVAC…beberapa hari sebelum tu…”

“Masa datang dekat ED, keadaan dah teruk, ‘SpO2 dropped’. Dia meninggal hari tu juga… PCR dia keluar juga haritu…POSITIF..”Β 

——————–

P E N G A J A R A N:

1. Sila jaga Standard Operating Procedure (SOP). Jika arahan tidak dibenarkan merentas daerah atau negeri. Sila patuhi dengan penuh rasa tanggungjawab.Β 

2. Mengandung adalah salah satu keadaan di mana immuniti mudah untuk rendah dan  komplikasi mudah berlaku bila-bila masa sahaja. 

3. LENGKAPKAN vaksinasi dengan Vaksin Covid-19, kerana ia dapat membantu mencegah daripada keadaan kesihatan kita menjadi teruk, kerana kita membina immuniti melawan Covid-19 sebagai “tentera” yang bersiap siaga.

4. Bagi pihak kesihatan, ibu-ibu yang mengandung lebih dititik beratkan dengan ketat dalam penilaian kesihatan dan risiko. Oleh itu, kecenderungan untuk dirujuk masuk ke dalam wad adalah tinggi jika ujian saringan Covid-19 adalah POSITIF atau, disyaki (PUI) Covid-19 yang bergejala walaupun kategori dua (2) dan stabil.

Published by Dr. Mohamad Raimi Radin. MD.GCFM.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

I work as a family medicine resident in a public health clinic. I.M.Sechenov Moscow Medical Academy is where I earned my medical degree (M.D.) in 2012. I graduated with a graduate certificate of family medicine (GCFM) in 2019 from the Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). I've been working towards my goal of becoming a specialist through the AFPM programme in order to get the Membership of Family Physicians (MAFP) and Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (icFRACGP).

Leave a comment