
Saya tak ambil tahu sangat cerita Nilopa, tapi (kalau betul) patut pun kena kompaun kalau dah salah, langgar SOP.
Kita pula? Kalau langgar SOP, senyap2 ke? π€ Muhasabah….
Ada 3 kisah benar hari ini, 21.5.2021, di kaunter pendaftaran saringan Covid-19 daerah Muar. (Triage)
——————
(Kes 1)
“Kami tak tahu menahu ni….”
“Apa yg tak tahu nye, pak cik..?”
“Saya jumpa dgn sedara yg positif…”
(Di dapati kes mula terdedah pada Hari Raya Pertama)
“Dah kenapa pergi ziarah menziarah?”
“Bukan kami yg ziarah, dia yg datang rumah kami..Kami tak tahu menahu ni…”
(Pulak…dah serba salah nak menolak org bertandang rumah)
———-
(Kes 2)
“Kenapa dtg ni, encik?”
(Kami bertanya seorang lelaki yg memegang bayi kecil kurang 1 tahun, hendak didaftarkan sebagai kontak rapat)
“Saya jumpa emak saya Hari Raya Pertama…skrg dpt tahu dia positif…”
“Allah…encik, mcm mana pula pergi berziarah ni?”
“Nak Minta maaf..”
(Sambil kami tergelak sedikit)
“Allah….encik, lain kali buat virtual je…”
Sampuk kawan sebelah, “nak minta maaf, bukan Hari Raya je… Bila2 kita boleh minta maaf…”
———-
(Kes 3)
“Puan, datang sebab apa puan?”
Kami dapati namanya tiada dlm senarai org yg perlu disaring di pusat saringan Covid-19.
“Saya kontak rapat kpd kakak ipar saya..”
“Saya terkejut….dia tak pergi mana2 pun…duduk rumah je…”, sambungnya lagi sambil nyatakan kegelisahan dan betapa terkejutnya dia boleh menjadi kontak rapat kpd kakak iparnya yg positif Covid-19.
“Bila puan terakhir jumpa dia?”
“Hari Raya Pertama…”
“Kenapa pergi ziarah pd Hari Raya, bila SOP dah keluarkan kata tak boleh pergi ziarah?”
Di sini, Kami yg terkejut terang2an langgar SOP, tetapi khuatir dijangkiti COVID-19.
———–
(K E S I M P U L A N)
Ketiga-tiga kes di atas adalah kes “walk-in”
1. Langgar SOP.
2. Perbuatan kita yg menjadi kontak rapat kes positif. Jika ditakdirkan keputusan saringan positif, kita menjadi kes positif Covid-19 akibat melanggar peraturan.
3. Kenapa tidak di kompaun semasa di meja pendaftaran? Ini kerja inspektorat, kami doktor, bahkan kami doktor keluarga lagi…Kami ada empathy & simpathy.
4. Kalau ikutkan, cerita2 kes terdedah dan tersebar Covid-19 di meja saringan Covid-19, kebanyakan adalah sikap tidak laksanakan tanggungjawab sosial masing2.
Hal ini, bukan pd org awam shj, malah kepada pelbagai status latar belakang termasuk “staf sendiri”.
