
Secara peribadi, ramai pesakit yg hadir ke klinik dan bertanyakan tentang vaksinasi. Tidak kurangnya, ada yang mempersoalkan keberkesananya dalam mencegah jangkitan Covid-19.
Persoalannya, pernahkan pihak saintis menyatakan kaedah saintifik yang terbukti ini di mana ia adalah salah satu jalan tawakal manusia memerangi jangkitan Covid-19, mempunyai keberkesanan sebanyak 100%?
Sudah semestinya tiada. Kesemuanya bawah 100%, walau dengan cara terkini atau paling canggih.
Kerana 100% itu adalah milik Tuhan. Masakan makhluk menyerupai atau berkuasa seperti Tuhan, kan!?
Untuk mencegah jangkitan penyakit berjangkit seperti Covid-19 setelah mendapat immuniti secara semula jadi atau vaksinasi, ia mestilah melalui jalan fitrah, yang telah dibuktikan dalam sains.
Iaitu, individu itu dijangkiti dahulu, kemudian immuniti-nya (respon individu berbeza-beza) melawan virus tersebut serta-merta. Maka, dia sembuh. Lalu, bebas jangkitan. Seterusnya, tidak menjangkiti orang lain.
Respon immuniti sedia ada (secara semula jadi atau telah divaksinasi) adalah unik pada setiap individu. Ada orang selepas dijangkiti, serta-merta baik. Ada yang sekita satu hari. Ada memerlukan beberapa hari tapi bukanlah jangka masa yang lama.
Jikalau individu itu naif immuniti Covid-19 (tidak pernah dijangkiti/tiada immuniti semula jadi), kebarangkalian boleh mendapat jangkitan teruk (severe), atau sehingga memerlukan bantuan pernafasan, atau memerlukan rawatan intensif/pemerhatian rapat di wad ICU, atau, Nauzubillah, kematian.
Kita jangan fikir seperti gambar kartun di atas. Ia adalah fantasi dan mainan/andaian minda. Memang menyeronokkan, ya? Realitinya bukan begitu.
Sumber: https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/getting-the-covid-19-vaccine
Marilah ambil vaksin. Tidak kurang iman kita, malah bukti sains ini mendekati kita kepada betapa unik ciptaan Tuhan. Dia memberi kita akal yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain dalam mencari jalan bukan menyamai Tuhan, tetapi untuk kebaikan umat manusia dalam memelihari nyawa.
Jom Vaksin!
Bukan setakat Vaksin Covid-19 sahaja.
Sesiapa dalam golongan berisiko, ambillah vaksin influenza, pneumokokal, meninggokokal, thypoid dan banyak lagi.
Bincang dengan doktor keluarga masing-masing untuk maklumat & pemeriksaan lanjut.
