
Siapa kata org yg hidup dgn kencing manis tidak panjang umur?
Nah. Pak Cik berumur 88 tahun, lebih 20 tahun kencing manis. Kawalan gula yg sgt baik (HbA1c 6.5%, terkawal <7%) , alhamdulillah.
Status kesihatan:
- Kawalan gula 3 bulan berturut2 = terkawal.
- Tekanan darah, <140/90 mmHg = terkawal.
- Kolesterol jahat, LDL-C, 2.4 mmol/L = terkawal
- Fungsi buah pinggang, eGFR 90 (Creat 53) = normal
- Komplikasi penyakit kardiovaskular (strok, serangan jantung) = Tiada.
- Ubat-ubatan = sedikit, Tidak poli-farmasi
(a) ubat kencing manis : tablet Metformin sahaja.
(b) ubat darah tinggi : tablet perindopril sahaja.
(c) ubat kolesterol : tablet statin. - Kesihatan mental, emosi : gembira, Covid-19 tidak membuatkannya terlalu stress
- Ingatan, memori = Masih kuat
- Aktiviti harian = berdikari, tanpa memerlukan bantuan.
- Penglihatan = Masih jelas.
- Pergerakan = tidak slow, kordinasi yg baik, tanpa alat bantu, erti kata lain, mcm biasa.
- Selera makan = tiada perubahan mendadak, biasa sahaja mengikut umurnya.
- Kebolehan membuang air kecil & besar = ok, mcm biasa.
- Risiko jatuh = risiko rendah.
Semoga sentiasa sihat, dan penyakit yg sentiasa terkawal.
-doktor keluarga- yg gembira π
