
Repost.
Entry ini ditulis pada beberapa bulan lalu apabila bekas Houseman (lantikan kontrak) saya mengkhabarkan yang beliau berjaya diterima masuk ke unit Primary Care di salah sebuah pusat perubatan universiti dan diserap untuk permanent post.
Disclaimer: Kisah ini ditulis untuk mencetuskan inspirasi bagi semua pegawai siswazah seluruh negara yang bersemangat tinggi untuk meneruskan perjalanan sebagai doktor perubatan dalam apa jua bidang.
………………….
Kisah Inspirasi: MO/HO kontrak dan Job security.
Sebenarnya saya amat empati atas nasib houseman kontrak.
Mereka telah banyak kehilangan privilege “Pegawai Perubatan” yang dahulu nya menjadi kegilaan ramai pelajar & golongan ibu bapa.
Iaitu “job security” atau jaminan pekerjaan.
Memang sana sini kadangkala mendengar runtutan MO tentang disiplin & attitude HO yang semakin meruncing.
Tapi saya yakin dalam satu tandan pisang, tidak semuanya busuk. Tidak semuanya baik.
Yang baik, tentunya kita akan petik dan manfaatkan.
Semalam, salah seorang bekas houseman share berita gembira yang interview dia berjaya & dapat offer permanent resident Family Medicine clinic di salah sebuah universiti terkemuka negara.
Masa interview, dia satu satunya calon yang persistent menunjukkan minat ke arah family medicine dan saya yakin interviewer sangat impressed dengan extra point dalam resume nya, iaitu sudah menjadi co-investigator dalam scientific research bawah kelolaan saya & Mohamad Raimi Radin.
Terus terang saya katakan jika seorang yang jelas misinya, insha’Allah mudah orang lain bantu.
Sejak awal lagi dia sewaktu masih bergelar houseman , dia sudah menemui saya personally dan meminta saya menunjukkan jalan.
Saya sedar peluang untuk kumpulan kontrak mengintai “masters” sangatlah sukar.
Malah amat samar samar lantaran tiada jaminan job security.
Jadi saya dan suami cuba halakan jalan ke “alternative pathway” dan memberikan tips pengurusan kewangan agar mampu menyimpan belanja belajar nanti.
Kami juga membimbing dia untuk menghantar keahlian Ordinary Membership Academy Family Physician Malaysia sebagai satu inisiatif tambahan sebelum diserap dalam KKM, khasnya untuk masuk ke sektor Kesihatan Keluarga .
Kami invite juga dia menimba pengalaman research dalam Case Study kami agar dia mempunyai kelebihan dalam rรฉsumรฉ jika diperlukan dalam mana mana job security interview.
Dan alhamdulillah, kami mula nampak hasil nya setelah dia mula didekati oleh beberapa pihak untuk penawaran tempat kerja hasil daripada kesungguhannya untuk keluar daripada “kemelut” the uncertainty of job security contract houseman officers.
Ala kuli hal, ini semua adalah perancang & ketentuan Allah.
Tetapi manusia tetap boleh mengubah satu takdir kepada takdir yang lain.
Walaupun kami pada asalnya excited untuk dia bersama kami untuk mencapai cita cita sebagai Family Medicine Specialist di tempat dan pathway yang sama, kami tetap berlapang dada atas apa jua keputusan nya nanti.
Selamat membuat keputusan dan tahniah atas usaha ” outsource” yang sungguh luar biasa!
Kepada adik adik HO kontrak, jangan putus asa.
Jadilah seperti Muhammad Aizuddin Mokfi.
#Inspirasi.

Salam Dr Raimi. Saya Izzuddin Madine. Saya betul2 berminat dengan Family Medicine Specialty. HO yang baru bertugas d HDOK, Sandakan, Sabah. Boleh minta tolong Dr guide saya dalam menelusuri bidang FMS ini Dr? Saya berharap kita boleh berhubung melalui emel. InshaAllah Amin. Terima kasih banyak Dr
LikeLiked by 1 person
Waalaikumussalam, Izzudin. Insha Allah boleh.. email saya, mohamadraimiradin@gmail.com ๐
LikeLike