Tidak Tahu dan Tidak Mahu Tahu Tahap Kesihatan Diri adalah Masalah Kesihatan.

“Hum…lebih baik aku tak payah tahu lah yang aku tak ada darah tinggi, kencing manis…sebab nanti aku susah hati…”, kata si fulan.

Ya! apabila seseorang mendapati berita yang tidak menggembirakan, secara normanya, kita akan berasa terkejut, kadang2 sedih dan barangkali mendatangkan stres.

Tetapi, pernahkah anda tahu yang mereka yang datang ke unit kecemasan klinik atau hospital, dengan mendapat serangan jantung, angin ahmar (stroke), kegagalan akut buah pinggang, adalah dalam kalangan mereka ini, TIDAK TAHU yang meraka punyai koletesterol yang tinggi, atau gula dalam darah yang tinggi, atau pun, tekanan darah yang tinggi?

Benar! Memang ada!

Menrut kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi 2019 (NHMS 2019), antara penemuan utama:

🔘 9.4% rakyat Malaysia di diagnos penyakit kencing manis (diabetes), 8.9% orang tidak tahu dia menghidap kencing manis.
🔘 15.9% di diagnos penyakit darah tinggi, 14.1% tidak tahu.
🔘 13.5% di diagnos punyai kolesterol tinggi, 24.6% tidak tahu.

Tahukah anda, penyakit yang membawa kerosakan pada organ dalaman seperti dinyatakan di atas boleh dicegah?

Ya, Boleh…! Dengan mengetahui tahap kesihatan anda melalui saringan kesihatan ‘YANG BETUL’ dengan mendapat konsultasi daripada doktor.

Sekarang ini tidak susah untuk menjalani saringan kesihatan. Anda boleh memilih untuk ke sektor swasta atau kerajaan.

Apa kesudahan/natijahnya selepas tahu tahap kesihatan anda melalui pemeriksaan dan ujian2 tertentu?

Doktor akan membantu memahami respon anda, memberi stratergi dalam mencegah dan merawat jika didapati mempunyai masalah kesihatan, supaya dapat mengelakkan dan merencatkan proses ke arah kegagalan organ dalaman, atau mengulangai masalah kerosakan pada organ dalaman anda.

Ingat! Contoh, masalah saluran jantung tersumbat terutamanya serangan jantung (heart attack), boleh dapat berulang kali. Akhirnya, boleh mempercepatkan ke arah kegagalan jantung.

Oleh itu, bertemu dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda untuk ketahui tahap kesihatan ketika anda ‘merasakan diri masih sihat lagi’.

TIDAK TAHU DAN TIDAK MAHU TAHU TAHAP KESIHATAN DIRI ITU MERUPAKAN MASALAH KESIHATAN.

Dr. Mohamad Raimi Radin
Doktor Keluarga (MD. GCFM.)

✔️ Artikel ini disiarkan dalam Ruangan Kesihatan, laman Facebook Wanita IKRAM Malaysia [klik]

Published by Dr. Mohamad Raimi Radin. MD.GCFM.🇲🇾🌺

I work as a family medicine resident in a public health clinic. I.M.Sechenov Moscow Medical Academy is where I earned my medical degree (M.D.) in 2012. I graduated with a graduate certificate of family medicine (GCFM) in 2019 from the Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). I've been working towards my goal of becoming a specialist through the AFPM programme in order to get the Membership of Family Physicians (MAFP) and Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (icFRACGP).

Leave a comment