
Seorang gadis berusia 15 tahun datang ke klinik dan didapati dia sedikit keracunan makanan.
“Doktor…saya tak datang kerja sejak semalam lagi…sakit perut.”
Terdengar kata2nya, aku membeliakkan mataku, terkejut sebab budak bawah 18 tahun sudah pergi kerja.
“Awak ni…tak pergi sekolah ke?”
“Pergi… doktor, tapi belah petang je dekat kedai makan. Pagi, saya ke sekolah.”
“Eh? Kenapa bekerja?”
“Saya nak tolong mak dan ayah saya…”
Aku bertanya mengenai latar belakang, ternyata dia bukan orang yang senang. Dia merupakan anak ke 6 daripada 7 adik-beradik. Bapanya bekerja memotong buah kelapa sawit, dibantu 3 orang anak lelakinya. Kalau tiada hasil buah, maka tiadalah upahnya. Ibunya bekerja sebagai pembantu di dewan makan di sekolah menengah. Seorang kakak sudah berumah tangga dan tinggal bersama suaminya. Seorang kakak lagi bekerja di kedai serbaneka di bandar. Hanya dia dan adik bongsunya sahaja yang masih bersekolah.
“Ayah saya tak bagi saya berhenti belajar, doktor…”
“Awak ni ada cita2 nak jadi apa nanti?”
“Saya nak jadi doktor..”
“Eh? Betul ke…?”
“Betul, doktor…”
Aku tengok mukanya, matanya yang berkaca menahan bergelinangan air mata sejak menceritakan latar belakangnya tadi. Dia menahan kesedihan dengan mengetap bibirnya sedikit.
“Untuk jadi doktor ni, bukan senang ya, dik..”
“Walau apa pun awak memilih untuk masa depan awak, nak jadi doktor ka… engineer ka… cikgu ka… sebenarnya ILMU lah yang akan mengeluarkan kita dari kesusahan, bukan kerana kerja tu semata2.”
“Nak jadi doktor kena tempuh ilmu yang banyak, kesukaran, kalau tak bersama2 dengan kawan2 yang boleh membantu kita, boleh down kita ni… yang penting berdisiplin. Dulu, doktor pernah nak berhenti jadi doktor dan bertukar jadi cikgu. Tapi… kenangkan kita nak sangat jadi doktor dengan bersungguh2, tak da pun masa nak ber couple, apa2 masalah dan teman nak berbual, hanya telefon ibu kita je, alhamdulillah dapat apa yang kita hajati.”
Pada awalnya aku ada bertanya tentang bagaimana pelajarannya memandangkan waktu ini tiada PT3; UPSR nya tiada langsung “A”. Barangkali dia memandangkan kerjaya doktor dengan penuh kesenangan.
Aku tidak mahu memutuskan semangatnya dalam mengejar cita2nya. Mana tahu, Tuhan akan kurniakan ilmu dan kefahaman padanya suatu hari nanti menjadi insan yang hebat. Kalau jadi doktor pun, doktor yang hebat suatu hari nanti.
“Ingat dik, ILMU yang mengubah hidup kita ya. Semoga berjaya….”
-doktor keluarga-
Dr Mohamad Raimi Radin (MD GCFM)
