Back To School

Selamat Kembali Ke Sekolah
Back To School

1. Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di atas penghasilan garis panduan (SOP) pembukaan semula sekolah yang telah dikongsikan pd 4.6.2020.

2. Kami telah membacanya dan ini adalah reaksi ikhlas kami yg ingin dikongsikan melalui kaca mata sebagai Doktor Keluarga.

(a) Tafsiran bergejala merupakan maksud umum kepada jangkitan mana-mana virus atau penyakit berjangkit yang biasa dijangkiti sepanjang tahun.

(b) Pengesanan suhu badan adalah sangat sensitif dalam mengesan individu yang tidak sihat, tetapi ia tidak spefisik menyatakan dia mendapat Covid-19.

(b) Tafsiran terperinci jangkitan Covid-19 amat digalakkan disertakan dengan risiko disyaki terdedah dengan virus berkenaan, seperti kontak rapat kepada pesakit Covid-19, kontak kepada individu yang sedang disiasat kesahihan Covid-19, sejarah merentasi sempadan negara yang terkini, dan sebagainya.

(c) Secara amnya, langkah2 pencegahan yang dibuat adalah dengan β€œAmalan 3W dan Elak 3S” oleh KKM.

3. Ibu bapa mesti siap bersedia, kerana

(a) Anak2 tidak dibenarkan ke sekolah jika bergejala atau demam.

(b) Kedua ibu bapa yang bekerja dikehendaki menjaga anak sakit di rumah. Konflik dengan kerja & majikan.

(c) Ada alternatif anak sakit jaga di rumah? Hantar pengasuh? Hantar pada atuk & nenek? Memandangkan isu wabak Covid-19 dan demi mengelakkan sikap mementingkan diri, anak mesti dijaga oleh ibu atau bapa. Konflik dalaman tentang tanggungjawab.

4. Kunci kepada keberkesanan adalah disiplin pada pelajar & murid2.

5. Disiplin yang berterusan mematuhi panduan yang diberi, kami sangat berharap ia bukan sahaja dapat mencegah penularan Covid-19, malah penyakit berjangkit yang biasa berlaku, seperti parainfluenza, selesema biasa (common cold) dan sebagainya.

6. Sila ambil vaksin untuk tingkatkan langkah pencegahan,

(a) Pastikan anak-anak telah divaksin mengikut program vaksin kebangsaan.

(b) Vaksin tambahan seperti Influenza & pneumococcal boleh di dapati di klinik berdekatan.

(c) Vaksin Covid-19 masih dalam kajian (clinical trial-dan beberapa fasa), belum dibolehkan untuk digunakan kepada orang ramai keseluruhannya.

7. Sebarang pertanyaan dan memerlukan konsultasi, sila ke Doktor Keluarga anda masing-masing.

GP-General Practitioner
-doktor keluarga-

Sila Like & Follow Page Kami, klik : [General Practitioner]

Published by Dr. Mohamad Raimi Radin. MD.GCFM.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

I work as a family medicine resident in a public health clinic. I.M.Sechenov Moscow Medical Academy is where I earned my medical degree (M.D.) in 2012. I graduated with a graduate certificate of family medicine (GCFM) in 2019 from the Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). I've been working towards my goal of becoming a specialist through the AFPM programme in order to get the Membership of Family Physicians (MAFP) and Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (icFRACGP).

Leave a comment