Siapa Doktor Keluarga Anda?

#NHMS2019 : Siapakah Doktor Keluarga Anda?

1. Pada 29.5.2020, Datuk Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia telah melancarkan penerbitan National Health & Morbidty Survey 2019.

2. NHMS 2019 dengan erti kata lain adalah kajian tinjauan kesihatan & penyakit yg dialami oleh rakyat Malaysia pada tahun 2019.

3. Kami ingin mengulas hasil dapatan kajian tersebut dengan memulakan 1 fakta yang sangat terkesan dengan kami sebagai doktor keluarga, iaitu, hanya 24.1% sahaja dlm isi rumah berjumpa dengan doktor keluarga.

4. Siapakah Doktor Keluarga?

Doktor Keluagra (family doctor) atau Doktor Am (General Practitioner) adalah doktor yg bertanggungjawab menjaga kesihatan individu & keluarganya secara menyeluruh.

5. Doktor Keluarga menawarkan:

(a) penjagaan kesihatan yang berterusan

(b) mengatur rawatan khusus  dengan pakar tertentu jika perlu.

(c) skop penjagaan kesihatan berterusan meliputi seluruh keluarga, semua peringkat umur, dari kandungan ibu sehinggalah usia emas.

(d) menyediakan keperluan rawatan kesihatan secara peribadi.

6. Secara rumusan, jika anda dan ahli2 keluarga anda, berjumpa dengan 1 doktor yang anda percayai dengan mendapatkan konsultasi, rawatan dan mendapatkan apa-apa sahaja perbincangan & pendapat yang melibatkan kesihatan berulang & berterusan; manakala doktor tersebut memahami secara am kesihatan anda & ahli keluarga anda, maka dialah DOKTOR KELUARGA ANDA.

7. Doktor Keluarga adalah sangat penting dalam memberi pendidikan & rawatan  kesihatan kepada keluarga & masyarakat bagi melestarikan kesihatan secara menyeleruh.

8. Peratusan yg rendah (24.1%) rakyat Malaysia mendapatkan khidmat Doktor Keluarga juga memberi kesan kepada nilai tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan (pd data NHMS 2019 sendiri)

9. SIAPAKAH DOKTOR KELUARGA ANDA?

GP-General Practitioner

-doktor keluarga-

Like & Follow Page Kami: https://www.facebook.com/generalpractitionerGP

———-

Rujukan: Prof. Dato’ Dr R.Balasundaram; Doktor Keluarga Anda. 2009.

Published by Dr. Mohamad Raimi Radin. MD.GCFM.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

I work as a family medicine resident in a public health clinic. I.M.Sechenov Moscow Medical Academy is where I earned my medical degree (M.D.) in 2012. I graduated with a graduate certificate of family medicine (GCFM) in 2019 from the Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM). I've been working towards my goal of becoming a specialist through the AFPM programme in order to get the Membership of Family Physicians (MAFP) and Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (icFRACGP).

Leave a comment