
Tips menghadapi peperiksaan akhir profession Graduate Certificate Family Medicine.
Assalamualaikum & salam sejahtera. Kami menerima private message daripada salah seorang calon Graduate certificate family medicine ( GCFM) yang akan menduduki peperiksaan akhir GCFM tidak lama lagi. Sebagai pelatih kepakaran Perubatan Keluarga yang amat menggalakkan rakan sekerja di sektor primary care untuk meningkatkan kemahiran & ilmu di bidang ini, kami terpanggil untuk berkongsi tips kami mengharungi program GCFM dan alhamdulillah lulus first attempt pada edisi peperiksaan Mei 2019.
1. Pendapat ini adalah pendapat peribadi kami & rakan study group kami.
2. Kesesuaian tips adalah subjektif dengan perubahan situasi semasa.
3. Tips ini juga tidak mewakili pendapat organisasi tertentu.
Tips sebelum mengharungi musim peperiksaan.
Minta sokongan daripada keluarga.
1. Calon GCFM kebanyakkannya adalah golongan bekerja dan sudah berkeluarga. Maka amat penting untuk anda menerangkan kepada ahli keluarga seperti pasangan , anak anak dan ibu bapa bahawa anda akan menghadapi peperiksaan besar yang sangat penting. Jadi ahli keluarga perlu faham dan beri kelonggaran masa kepada anda untuk menumpukan perhatian kepada ulangkaji.
2. Walaupun anak anak kami masih kecil, kami tetap menerangkan situasi kami kepada anak anak bahawa kami perlu belajar sunggugh sungguh untuk menjadi pakar supaya kami dapat tolong ramai orang sakit dengan lebih baik lagi.
3. Selain itu, kami juga turut meminta sokongan daripada ibu bapa terdekat untuk menjaga anak 2-3 jam pada hujung minggu untuk memberi ruang kepada kami menelaah pelajaran.
Minta sokongan di tempat kerja.
1. Sebagai calon GCFM, rata ratanya adalah calon yang bekerja sepenuh masa di klinik kesihatan dan klinik swasta. Maka, apabila kita bekerja dalam satu unit, kita sangat bergantung kepada pertolongan dan sokongan rakan sekerja dan supervisor (MOIC).
2. Terangkan situasi anda yang perlu memberi tumpuan kepada peperiksaan kepada mereka.
3. Jika keadaan mengizinkan dan suasana sangat supportive, anda boleh meminta jasa baik dan budi bicara supervisor atau ketua jabatan untuk mengambil cuti seminggu sebelum peperiksaan bagi tujuan ulangkaji.
Berkongsi ilmu daripada topik yang telah diulangkaji dengan orang lain.
1. Selain itu, 1-2 bulan sebelum peperiksaan, ambil peluang untuk “muntahkan” apa yang anda study kepada rakan sekerja atau houseman (jika ada). Ambil inisiatif sesi pendek 15-20 minit untuk share apa yang anda study dengan mereka.
2. Percayalah, lebih banyak anda kongsi ilmu, akan jadi lebih baik and “well versed” dengan topik tersebut.
Mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan online.
1. Study group adalah tool yang sangat powerful untuk lulus peperiksaan ini. Ini kerana topik yang diuji sangat luas meliputi respiratory , GIT, neurology, women’s health , geriatric , chronic diseases dan sebagainya. Jadi anda perlu “berkongsi beban revision” dengan orang lain agar anda tidak terlalu stress di hujung hari.
2. Cuma yang menjadi cabaran untuk calon GCFM ini adalah kebanyakannya “based” di negeri dan klinik yang berjauhan.
3. Contoh, study group mates kami berasal dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Amatlah tidak praktikal untuk kami travel jauh semata mata untuk discussion 2-3 jam.
4. Jadi inisiatif kami adalah dengan “set” satu masa (terutamanya hari cuti) dan “berjumpa di alam maya” melalui applikasi seperti Skype/ Zoom Meeting dan sebagainya.
6. Untuk calon yang mempunyai anak kecil, anda haruslah meminta jasa baik pengasuh/ibu bapa untuk menjaga anak sebentar semasa anda membuat online discussion tersebut. Penting untuk anda focus kepada discussion dan jauhi distraction daripada anak anak. Kerana discussion adalah sangat membantu dalam memahami satu satu topik.
Latih tubi past years test dan buku Latihan family medicine.
1. Latih tubi adalah sangat penting bagi melatih kita membiasakan diri dengan pattern dan trick soalan. Kami amat menggalakkan anda approach senior untuk mendapatkan contoh kompilasi past years.
2. Namun, suka kami ingatkan anda di sini, kebolehan anda menjawab (atau hafal) soalan past years tidak menjamin anda akan lulus GCFM atau score soalan akhir professional exams.
3. Ini kerana penggubal soalan adalah terdiri daripada pakar pakar keluarga yang sangat berpegalaman luas menggubal soalan untuk post graduate Family Medicine. Mereka “sudah masak” dengan tradisi calon yang cuba pulun past years semata mata nak lulus exam. Jadi mereka sendiri ada strategi mereka untuk menggubal soalan agar mencapai standard yang diperlukan bagi menghasilkan “graduates” GCFM yang memenuhi piawaian yang diperlukan. Walaupun nampak pola soalan seperti sama, percayalah setiap tahun ada sahaja trick dan teknik soalan yang berubah dan semakin mencabar.
4. Kami bagi contoh: Jika 2 tahun lepas soalan asthma sudah keluar, boleh jadi tahun ini topik asthma akan keluar lagi. Tapi jika tahun tersebut soalan yang ditanya adalah “how to determine asthma control based on GINA” , mungkin tahun ini soalan yang keluar adalah “how to manage Asthma poor control based on GINA”. Jadi suka atau tidak, anda tetap kena menguasai topik asthma dan update diri anda dengan the latest GINA guidelines mengikut tahun semasa. Jadi di sinilah cabarannya. Anda tetap kena study topic itu all out walaupun anda dah buat dan kononnya hafal soalan past year.
Teknik dan tips latih tubi soalan past years:
1. Kumpul semua soalan past years daripada senior.
2. Bahagikan set soalan kepada ahli kumpulan study group. Contoh Abu attempt set 1, Leong attempt set 2 dan Muthu attempt set seterusnya.
3. Minta setiap ahli kumpulan untuk jawab soalan dan buat further reading , preferably using latest guidelines, CPGs dan text books especially Murtagh. Catit nota/hasil bacaan anda di tepi sudut setiap soalan.
4. Mengapa? Ini penting untuk anda share dan bincangkan info dalam sesi study group nanti.
5. Jika ada soalan terlalu susah dan anda stuck walaupun dah cub acari jawapan di pelbagai sumber, tinggalkan dulu soalan itu. Bawa soalan tersebut untuk perbincangan dengan rakan study group nanti.
6. Setelah anda selesai buat past years dan berbincang dengan rakan, anda boleh beralih kepada latih tubi apa sahaja buku family medicine yang ada di pasaran, terutamanya yang dikarang oleh Penulis Malaysia seperti 200 Single Best Answers in Family Medicine ( Prof Hasidah & Prof Anis Safura) atau beberapa practice books daripada Australia.
7. Mengapa? Kerana kebanyakan soalan adalah mengikut senario lokal (Malaysia) dan ada juga segelintir daripada Australia.
Last stage practices method.
Teknik ini sesuai dilakukan ketika 1-2 hari sebelum hari peperiksaan untuk mempersiapkan kekuatan minda berhadapan dengan “ketegangan” dalam dewan peperiksaan.
Caranya:
1. Pilih set soalan real exam daripada mana mana buku practice.
2. Attempt soalan sama seperti anda duduki peperiksaan. Set masa, buat soalan tanpa gangguan dan berhenti pada masa yang ditetapkan. Tidak dibenarkan membuka buku atau google jawapan. Anda mesti jujur dan cabar diri anda menjawab sama seperti the real exams.
Materials ulangkaji:
1. The bible of Family Medicine- Murtagh Text Book. (yang tebal punya, bukan yang kecil tu). Please have initiative to have one hard copy for yourselves.
2. The latest Clinical Practices Guidelines (Malaysia) .
3. The latest credible guidelines on various topics/ diseases. Contoh: Asthma – GINA guidelines. COPD- GOLD guidelines, etc.
4. GCFM handbook – Anda boleh arrange critical topics yang mesti cover melalui outline dalam GCFM handbook dan discuss dengan study group mate.
5. Presentation slides oleh para lecturers sepanjang GCFM modules workshop.
Do’s
1. Make sure you score good marks for module assignments & end of module quizzes. It contributes 60% of your total exams.
2. Have good grasps on important & common topics in Primary Care
3. Study group revision
4. Plan your revision
5. Eat healthy & have good rest between revisions
6. Prayer & stay positive
Don’ts
1. Last minute revision
2. Rely only past year questions
Semoga tips ini bermanfaat.

