
“Ayah, berhentilah merokok!”: Jadilah seperti model asal ‘Marlboro Man’, Bob Norris.
1. Baru-baru ini, satu dunia digemparkan dengan berita, seorang bintang terkenal dengan jolokan “the original Marlboro man” telah meninggal dunia pada 90 tahun. Beliau bukanlah seorang perokok, dan tidak menghisap rokok, meskipun menjadi model iklan pertama syarikat rokok itu lebih kurang selama 14 tahun dengan menggambarkan rokok di tanggan dan di bibirnya.
2. Beliau berhenti daripada menjadi model iklan komersial rokok Marlboro itu, apabila beliau mempunyai anak-anak, dan menyatakan perbuatannya itu: “setting a poor example for his children” (memberi contoh tauladan yang buruk kepada anak-anak). Kemudian beliau bebas tanpa mengaitkan diri dengan rokok (tambahan beliau bukan penghisap rokok) sehingga akhir hayat beliau.
3. Terdapat beberapa model iklan rokok Marlboro yang dikenali, dan sejarah akhir hayat mereka dikaitkan dengan “smoking-related death”, kematian disebabkan dengan menghisap rokok yang kuat dan kronik. Mereka adalah:
Wayne McLaren, David McLaren, dan Jerome Edward Jackson, ketiga-tiga meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Manakala, Eric Lawson meninggal dunia disebabkan kegagalan paru-paru selepas menghidapi penyakit kronik obstruktif paru-paru (COPD).
4. Kenapa seorang ayah wajib berhenti merokok? Selain daripada kewajiban dan kaitan dosa dengan perbuatn merokok; ia adalah kerana, kesan jangka masa panjang dalam mendidik anak-anak atau generasi akan datang. Iaitu:
contoh tauladan: ayah merokok, 85% anak akan merokok.
kesihatan: penghidu asap terus dari rokok, asap rawak dan asap basi rokok , memberi kesan kesihatan yang sama seperti perokok, di mana punyai kaitan penyakit seperti melibatkan paru-paru dan jantung.
kebersihan: udara yang bersih untuk dihirup dan mendapat manfaatnya, tetapi dicermari dengan asap rokok yang beracun dan memudaratkan.
5. Tolonglah berhenti merokok, wahai sang ayah! Role Model dalam sebuah keluarga anda.
#BuildingAHealthyNationWithRahmah
Mohamad Raimi Radin. MD. GCFM.
