
Aktiviti keluarga: Mendaki Bukit Mor, Muar, Johor (Malaysia).
Pertama kali menjejaki Bukit Mor, setelah hampir 9 bulan menetap di Muar, Johor. Lokasi yang disarankan oleh kawan-kawan di tempat kerja, malah ia juga merupakan lokasi pilihan kepada sesiapa yang gemar mendaki.
1. Sesuai untuk aktiviti sihat pendakian tanah tinggi bersama keluarga. Kami membawa orang anak kecil, Fateh, berumur 5 tahun dan menggendong Luqman, berumur 2 tahun. Kedua-dua mereka tidak merungut, malah kami berjaya ke puncak paling tinggi meskipun pertama kali ke sana.
2. Tempat yang bersih. Kami sangat berpuas hati dengan persekitaran yang agak terjaga. Kami berharap para pendaki akan sentiasa mengekalkan akhlak yang baik dengan tidak membuang sampah merata-rata.
3. Aktiviti yang sihat. Puncak yang tertinggi adalah pada 233 meter dari paras air laut. Jika ia menjadi trek balapan untuk berlumba lari, mesti mudah untuk kita habisinya sehingga ke garisan penamat. Tetapi tidak pada pendakian bukit Mor. Ia adalah satu cabaran ke altitud yang tinggi, melawan graviti, mengharungi jalan yang bersimpang-siur. Cabaran sedemikian ternyata membakar kalori yang banyak.
4. Banyak pengajaran yang boleh diambil dengan aktiviti mendaki. Anak-anak sangat menghargai pemandangan hijau, ingin lengkapkan pendakian sehingga penamat, bertegur-sapa dengan warga pendaki yang mengutamakan kesihatan, dan, jika kita sentiasa berfikiran negatif, kita tak akan sampai ke puncak dengan mudah – perlu ada motivasi dan semangat yang tinggi.
Oleh itu, Bukit Mor akan dijadikan sebagai tempat aktivit sihat kami sekeluarga. Sudah semestinya kami akan ke sana lagi, insha Alla
